Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ribuan pengguna mula panik hari ini, apabila akaun GMail mereka tidak boleh diakses untuk lebih kurang selama 3 jam lebih. Ramai pengguna Twitter mula menghantar tweet berkenaan dengan ketidak-bolehan untuk mengakses akaun GMail mereka. Google juga telah menulis mengenainya pada laman bantuan milik mereka.

Mesej Google Pada Laman Bantuan [via]
Google sendiri telah menulis dalam blog mereka meminta maaf diatas masalah yang dihadapi oleh para pengguna seluruh dunia. Sebelum ini, Google telah membolehkan GMail diakses secara offline, melalui penggunaan Google Gears. Walaupun pada masa perkara ini berlaku, anda boleh mengakses GMail secara offline, anda masih tidak boleh menerima dan menghantar emel kepada sesiapa jua.
Menurut TechCrunch pula, para pengguna yang menggunakan POP3 dan IMAP tidak menghadapi sebarang masalah. Begitu juga dengan para pengguna Google Apps. Masalah ini hanya melibatkan para pengguna GMail melalui pelayar web sahaja.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
giler ah
kita terlampau bergantung pada gmail kan
gmail semakin mantop sekarang ni..
hope gmail xkn jadi gfail.. hiarghh
keh keh keh… agaknye besar mane ar
server google ni kan? ade macam putrajaya kot
kekeke
*imagine zaman tok kadok~
Google ni dah macam main-main plak buat kerja.
Tak lama hari tu kesilapan kat fungsi carian di mana semua website ditandakan sebagai berbahaya.
Semalam masalah nak buka GMail pula.
Huhu.
owh! selamat aku tak terkesan.. buka gmail pun seminggu 2-3 kali je.. hehe
gelap masa depan sekejap sebab gmail down.. huhu
Eh,kenapa saya tak perasan pun pasal ni? hmm..
oh ya..patutla x boleh akses aritu..igt aku sorang je..bagus2..thanks for the information yup:)
hari ni tak dapat lagi, tak kan selalu problem,
laa..hari ni pun x leh akses lagi. ingatkan aku sorang je yang problem..adeh
aku bengang gak ngan gmail ni
dh bp hri aku xleh access
nk post blog pn xleh