05Feb

Google Chrome 2.0.160.0 Di Perkenalkan

Google

Hari ini, Google telah memperkenalkan versi pembangunan baru bagi pelayar webnya, Google Chrome 2.0.160.0, yang mana memperkenalkan penggunaan regexps di dalam enjin JavaScript V8 selain mengemaskini enjin V8 kepada versi terbaru iaitu 0.4.9.3. Versi terbaru ini juga menyelesaikan masalah dengan Adobe Flash 7.

Google Chrome 2.0.160.0
Google Chrome 2.0.160.0

Selain itu, versi pembangunan ini juga menyertakan sokongan untuk melayari Hotmail, yang mana telah diperkenalkan dalam versi 1.0.154.48 sebelum ini. Versi pembangunan ini juga menyelesaikan pelbagai masalah yang dikenal pasti sebelum ini.

Untuk menggunakan versi pembangunan ini, anda perlu melanggan kepada saluran pembangun, dan sekiranya anda menggunakan komputer utama, anda tidak dicadangkan untuk menggunakan saluran pembangun kerana berkemungkinan terdapat beberapa masalah yang tidak dikenal pasti.


FeedBurner Di Integrasikan Bersama Analytics
Google Bakal Memperkenalkan Cloud-Printing
Kini, Para Pengguna Blogger Boleh Menggunakan Profil Google+ Pada Blog Mereka
YouTube Menguji Integrasi Kadar Kepopularan Pada Hasil Carian Video
Pelayar Web Pembangunan Google Chrome Mencapai Angka Versi 20

3 Komen

  1. hydir pada 05 Feb 2009

    google chrome suatu browser yg amat bagus dari segi kecepatan dan basic browsing.

    Cuma dia kurang dari segi add-ons seperti Firefox. Jika kita nak browsing dgn capaian internet yg perlahan maka Chrome penyelesaiannya.

    Tunggu versi untuk semua keluar dulu…

    KBsoccernet.com

  2. Junaidix pada 06 Feb 2009

    kalau guna windows 2k.. memang hampes!

    • aMaNz pada 06 Feb 2009

      Ada lagi yang guna Win 2K ker? Huhu.. Dah lama tak cubanya…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader