Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Masih ingatkah anda lagi dengan syarikat pengiklanan tempatan yang ke-tiga – GrabMyAds? Kini, ia mengikut jejak langkah GoKita, apabila turut sama telah menamatkan perkhidmatan mereka. Apabila laman mereka dilayari hari ini, ianya memperlihatkan halaman domain parking yang mana menggunakan khidmat Adsense For Domain.

Laman GrabMyAds – Dulu dan Kini
Sebelum ini, GrabMyAds muncul sebagai syarikat pengiklanan tempatan yang ke-tiga selepas Nuffnang dan Advertlets pada 12 Disember 2007. Mereka muncul dengan konsep yang menarik, dimana membolehkan para pemilik laman web mendapat 70% daripada pendapatan, manakala 25% kepada GrabMyAds. Baki 5% dirancang untuk digunakan untuk acara yang mana untuk mengeratkan hubungan antara para penulis blog dan pemilik laman web tempatan. Namun begitu, kini mereka telah pun menamatkan perkhidmatan mereka sebagai media pengiklanan internet tempatan.
Sebelum ini, GoKita turut menamatkan perkhidmatan mereka, dan kini telah mengubah-suai laman mereka menjadi laman iklaneka, dan disasarkan untuk pengguna Amerika. Berbeza dengan mereka, GrabMyAds lebih selesa menyimpan domain mereka, dan menjadikannya sebagai domain parking menggunakan khidmat Google Adsense untuk Domain.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
huh .. disbabkan kemeruduman ekonomi maka banyak syarikat dot.com gulung tikar.
Harap ada syarika tempatan yg benar2 bersedia untuk membuat program mcm ni di masa akan datang.
alahai… sadis siot.. seperti yg aku jangkakan…
aku dapat rasakan…. next adalah…. adverr…… malas nak cakap!
hm.. mmg teruk gak krisis kali ni..
aku tengok dari dulu pun macam tak menguntungkan
hahahaha..
dalam kegawatan ekonomi nih, juz the strongest will survive..
jgn mengalah..
teruskan berjuang..
tak pernah dengar pun iklan2 yang disebut.. tak seperti nuffnang dgn adverlets, dua2 popular.. mungkin kerana kurang publisiti dan modal yang terhad.
bukan dah lama ke grabmyads nih tutup?
Aku tak penah tau pun grabmyads ni..
Gokita pernah gak cuba2..
Tapi betul ke adver… akan mati gak???
hmm, sedey-sedey… dot com memang senang naik, senang turun rupanya ye?
pakat guna adesense je la nampaknya