11Feb

Kemaskini Kepada WordPress 2.7.1 Secara Automatik

Lain-lain, Web 2.0

Pihak pembangun WordPress telah pun mengeluarkan versi terbaru untuk aplikasi blog popular mereka, WordPress 2.7.1. Yang menariknya, mulai versi 2.7, anda boleh mengemaskini WordPress secara automatik, tanpa perlu melalui jalan jauh dengan muat-naik fail, dan seterusnya upgrade melalui panel pentadbir. Anda kini boleh mengemaskini WordPress anda dengan hanya satu klik sahaja.

Kemaskini WordPress
Pilihan Untuk Mengemaskini WordPress

Sama seperti sebelum-sebelum ini, anda dinasihatkan untuk membuat backup terlebih dahulu, sebelum mengemaskini kepada versi baru. Dengan berbuat begini, ianya lebih selamat dan senang untuk kembalikannya kepada yang lama sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Selesai membuat backup, seterusnya klik pada tab Tools dan seterusnya pilih menu Upgrade. Klik pada Upgrade, dan pemasangan WordPress anda akan dikemaskini secara automatik. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya untuk para pengguna WordPress 2.7 sahaja. Sekiranya anda masih belum mengemaskini kepada WordPress 2.7, anda perlu lakukannya secara manual seperti dahulu.

WordPress 2.7.1
Kemaskini WordPress Kepada 2.7.1 Dengan Jayanya

WordPress 2.7.1 menyelesaikan lebih 68 masalah yang diutarakan para pengguna. Ianya merupakan versi kemaskini terkini sejak WordPress 2.7 dengan antaramuka baru dan fungsi-fungsi baru diperkenalkan. Anda boleh membaca mengenai senarai perubahan yang berlaku sejak WordPress 2.7 pada laman rasmi mereka.


Nantikan WordPress 2.8 Pada Bulan April Ini
MySpace Kini Menyokong Twitter
Aplikasi Rasmi Twitter Untuk iPhone Di Perkenalkan
WebImpian Ingin Menceburi Industri Tema WordPress
MakanDeals Bakal Menawarkan Tawaran Diskaun Untuk Makanan

17 Komen

  1. Gadis Lonely? pada 11 Feb 2009

    dah try byk kali nak auto update.. tapi failed manjang…. tunggu la nanti kot… ngah traffic jam tu.. ahahaa

    • aMaNz pada 11 Feb 2009

      haha…aku upgrade tue lepas jer…hehe…

  2. zool pada 11 Feb 2009

    Mesti cubalah apa lagi

  3. menteil pada 11 Feb 2009

    kalau pakai plugin auto upgrade macam mana?

    aku pon takut lagi nak upgrade..
    line internet slow sangat..

    • aMaNz pada 11 Feb 2009

      haha…
      line slow pun lepas jer..
      aku nyer celcom broadband pun lepas jer..
      huhu…

  4. megat pada 11 Feb 2009

    aku guna celcom berukben ok je upgrade. tak sure masalah aku dah setlle blom huhu

  5. Gadis Lonely? pada 12 Feb 2009

    ok dah update… untuk semua web oh dan justkhai… yay!!

    eh megast, kim salam kat beruk eh.. hahahaha

  6. j_hafiz pada 12 Feb 2009

    saya da dua kali upgrade auto..hu3

    • aMaNz pada 12 Feb 2009

      Maybe hang guna plugin kot. Yang upgrade 2.7.1 nie, guna build in nyer. Tak guna plugin. Huhu.

  7. suraya pada 12 Feb 2009

    saya baru je upgrade tadi.. hehe..

  8. anarm pada 12 Feb 2009

    huhu.. aku dah upgrade dah..

  9. twenty-six pada 12 Feb 2009

    gua bikin manual upgrade macam biasa…takpe next version kita cuba lagi automatic punya…

  10. Zairul pada 13 Feb 2009

    Functiona auto upgrade ni memang best. Esp. kalau ada 8 blog dan average 12 plugin/blog…

    Sakit la pakai http://FTP..

  11. shraqs pada 13 Feb 2009

    tak kishla kan, upgrade ke tak upgrade ke. apa apahal tanggung sendiri. Jangan lupa backup tau

  12. etomyam pada 16 Feb 2009

    naper aku punya auto upgrade sangkut eh? keluar error pulak…nyampah betul, tunggu cpanel lambat betul

    • aMaNz pada 16 Feb 2009

      error ape yerk dia kuar?

  13. topek pada 17 Feb 2009

    salam bro aman, nk tnye psl hosting ni.. antara Onebytes.com & jomhosting.net, mne lgi better ye?? igt nk pindh ke hosting bru sebelum upgrade wp..


Tinggalkan Komen Anda