• Ketahui Lokasi Rakan Anda Melalui Google Latitude

    Google maju setapak ke hadapan lagi, apabila melancarkan Latitude beberapa hari yang lalu. Melaluinya, anda boleh berkongsi lokasi anda dengan rakan-rakan anda yang mungkin ingin tahu anda berada di mana.

    Google Latitude
    Google Latitude Pada Telefon Mudah Alih

    Untuk menyertainya amat mudah. Anda hanya perlu muat-turun Google Maps untuk telefon mudah-alih yang terbaru, dan ikuti arahan selanjutnya, dan anda sudah sedia berkongsi lokasi anda bersama rakan anda yang lain. Sekiranya anda cuma ingin mengetahui lokasi rakan anda berada, mungkin anda boleh hanya memasang gajet desktop daripada Google, dan ikuti lokasi rakan anda.

    Menariknya, Google tidak menyimpan data-data lokasi anda, sebaliknya hanya lokasi terakhir anda. Anda boleh memilih samaada untuk mengemaskini lokasi anda secara automatik ataupun secara manual. Sekiranya secara automatik, sudah tentunya anda perlu jalankan Mobile Maps sepanjang masa.

    Namun begitu, amat mendukacitakan, kerana buat masa ini, para pengguna dari Malaysia masih tidak disokong lagi. Mungkin dalam masa terdekat ini, ianya akan disokong. Atau mungkin seseorang boleh membangunkannya kepada rakyat Malaysia menggunakan API Google Maps yang sedia ada.

    Sebagai alternatifnya, anda boleh menggunakan Twitter atau Jaiku untuk mengemaskini status lokasi anda, supaya rakan-rakan anda boleh ketahui anda berada di mana. Dan mungkin untuk memesan kepada anda supaya membeli sesuatu perkara.

8 Komen

  1. izz on 07 Feb 2009

    lame2 boleh la tu kat malaysia… hehe

  2. alone on 07 Feb 2009

    wow.

    menunggu untuk ia sampai di Malaysia :D

  3. Gadis Lonely? on 08 Feb 2009

    tul tu.. sampai mesia nanti, ramai lah awek awek curang yg kantoi ngan pakwe bijak IT.. huhu

  4. hydir on 08 Feb 2009

    hmm… ada pro n kontra:

    Pro:
    1. Kalo kita hilang n hp tu masih ada dgn kita…org boleh cari
    2. kalo hp tu hilang…pon boleh cari juga [rasanya Samsung Mobile dah gunakan melalui mobile tracker]

    Kontra:
    1. Kalo bos nak check kita samada meng[ular] … senang jer .. check2 ada kat dalam shopping complex tgh tgk wayang Transformers2
    2. Privacy? [Tinggal atas kertas je le lagi]

    mungkin banyak lagi list… update ler sendiri…
    :)

    kbsoccernet.com

  5. Sukeri on 08 Feb 2009

    Sebenarnya kat Malaysia pun boleh guna, saya dah gunakan sejak 3 hari lepas bersama seorang rakan di Kedah. Saya di Johor dan kami dapat mengenalpasti lokasi masing-masing dengan menggunakan pda phone HTC TyTn II.

    Kami akan dikesan sama ada melalui lokasi pemancar telefon atau GPS. Jika tak guna GPS ada garisan bulatan menunjukkan anggaran lokasi kami.

    • aMaNz on 08 Feb 2009

      ooo…tak taw lak ada support kat Malaysia, sebab tgk kat Google Latitude, dia takde listkan Malaysia under supported country. Hmm..

    • amri on 04 May 2009

      selain HTC ada ke phone lain yang ada kemudahan mcm ni…

  6. budeen on 10 Feb 2009

    so senang nak detect lokasi anak di sekolah.. ibubapa akan berasa lebih yakin..


Tinggalkan Komen Anda