Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sekiranya sebelum ini, kita terdengar berkenaan laman phpBB yang diceroboh masuk, hari ini pula laman penyedia antivirus terkemuka -Kaspersky pula yang menjadi mangsa. Melalui SQL injection mudah yang dilakukan, penceroboh terbabit dikatakan mendapat akses kepada nama pengguna, kod untuk aktfikan produk, senarai pepijat dan sebagainya.
Ini bukan kali pertama laman Kaspersky diceroboh masuk. Sebelum ini, pada bulan Julai yang lalu, laman Kaspersky Malaysia diceroboh masuk dan ditinggalkan dengan slogan-slogan pro-Turki, sekaligus menjadilan lebih 30 kali laman Kaspersky diceroboh sejak tahun 2000. Kali ini pula laman Kaspersky USA menjadi mangsa. Kaspersky dikatakan melindungi lebih 250 juta pengguna seluruh dunia, tetapi amat mendukacitakan kerana laman mereka pula menjadi mangsa.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
td aku buka pc kaspersky suruh updated, risau gak tu
wow, makin hebat hackers zaman sekarang.
sampai AV company pun kena hack.
p/s: aku guna kaspersky. risau jugak kot kot kena infected nanti
aku pun guna kaspersky, selamat lagi ke?
huu aku juga mengunakan kaspersky. selamat ka? kalau ada sapa picture sama laman web berkenaan di hijack boleh kongsi.
Selamat kot.. Don’t worry. Sayer pengguna AVG free version saja. Hehe.. Picture laman web di hijack ada kat internet. Kat hackersblog. Aman, shh.. Hehe.. Project2. Semoga siap.
Aku guna Panda Cloud Antivirus.ringan dan jimat memori.sempena pelancaran chrome OS.hehehe