-
Les’ Copaque Memartabatkan Industri 3D Tanah Air
Hari ini buat julung kalinya, Malaysia mencipta sejarah apabila secara rasminya menayangkan filem animasi 3D pertama negara. Walaupun sebelum ini pernah ditayangkan beberapa filem animasi, Geng : The Adventure Begins (Geng : Pengembaraan Bermula) merupakan filem animasi yang amat berkualiti dan menggunakan 3D sepenuhnya, dan dibangunkan oleh anak-anak tempatan dibawah jenama Les Copaque.
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya…
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia. [via]
Menariknya, Les Copaque juga ada menyediakan video-video ketika pembangunan Geng : Pengembaraan Bermula ini untuk tatapan orang ramai. Menurut Khai, dalam video pembangunan ini mereka menggunakan perisian Autodesk 3D Max dan juga Adobe Premier.
Geng: Di Sebalik Tabir (Bahagian 1)
Geng: Di Sebalik Tabir (Bahagian 2)
Geng: Di Sebalik Tabir (Bahagin. 3)
Anda boleh mengikuti banyak lagi video-video berkaitan Upin dan Ipin serta Geng : Pengembaraan Bermula pada saluran rasmi mereka di YouTube.
12 Komen
14hb ni aku nak gi tgk cite ni.. sape nk join? hehe
haha, tak show la kat Canberra, terlepas sey.
masa aku komen ni, lagi 3 jam je aku nak gi menonton Geng ni.. tiket dah reserved. hahaha.. x sabar nye..
nantikan sinopsis upin ipin malam ini di justkhai.com
psstT: thanks amanz..
akhirnya ada juga produk animasi dari kita. terasa bangga. haha.
Haruslah aku tengok malam esok!
Salam.. luper plak.. Dato’ apa khabar?
Huhu. Lama tak dengar kabar.
Thanks Amanz kerana menyokong GENG dan LCP! Arap anda semua terhibur dengan filem GENG! hehehe.
Kalau best silakan rekemen pada orang lain.
Kalau tak best boleh claim duit balik hehe
-Nizam LCP
Hmm cm best jgk cite ni…hope ada unsur moral jgk dan bukan animasi smata2..ekeke
erm.. aku pun nak tengok gak citer nih.. hehe
http://justkhai.com/blog/hakikat-selepas-menonton-geng-pengembaraan-bermula/
dah nengok dan url atas ni komen aku pasal geng ni… usyalah
RM1.75 juta selepas 4 hari tayangan. Rekod impressive untuk filem tempatan. Saya sangat2 yakin target 10 juta akan tercapai. Saya dah tengok dan rasanya tak lokek untuk tengok kali kedua sebab filem ni memang sangat2 kreatif!