• Lupakan Build 7022, Kini Build 7032

    Baru dua hari yang lepas saya menulis mengenai Windows 7 Build 7022 yang mana mula tersebar di laman-laman torrent. Kini, sudah pun terdapat versi Windows 7 yang lebih baru lagi, iaitu Build 7032. Walaubagaimanapun, Build 7032 ini tidak kelihatan dilaman-laman torrent. Namun begitu, laman WinFuture telah menyediakan paparan antaramuka Windows 7 Build 7032.

    Windows 7 Build 7032
    Windows 7 Build 7032 [via]

    Windows 7 Build 7032
    Paint Pada Windows 7 Build 7032 [via]

    Oleh kerana Windows 7 sudah menghampiri kepada produk akhir, Microsoft sudah mula mencuba semua edisinya, termasuk Windows 7 Starter, Home Basic, Professional, dan Ultimate. Pada paparan yang disediakan pada laman WinFuture, ianya memperlihatkan paparan antaramuka daripada versi Enterprise. Melalui sedikit carian yang dilakukan, didapati bahawa Windows 7 Enterprise sama seperti Windows 7 Ultimate, cuma perbezaan pada lesen penggunaannya sahaja.

    Windows 7 Build 7032 - Start
    Windows 7 Build 7032 – Control Panel [via]

    Windows 7 Build 7032 - Media Center
    Windows 7 Build 7032 – Media Center [via]

    Untuk paparan gambar yang lebih besar dan jelas, klik kanan dan pilih View Image.

7 Komen

  1. Gadis Lonely? on 12 Feb 2009

    satu je yg aku lihat kureng sket pada windows 7 ni.. iaitu taskbar dia.. sangat2 hodoh…

  2. mrahfa on 12 Feb 2009

    taskbar dia based on linux design, tak le hodoh sangat, mungkin ada feature best kat situ.

  3. hydir on 12 Feb 2009

    banyak sgt version…
    tunggu jer Final product..
    abis cerita … x yah nak download2 lagi :)

    btw … oh.. Mac Book Pro Air ku … menarik sungguh :)

  4. shraqs on 13 Feb 2009

    Lambat lagi nak keluar. Kalau keluar pun mesti byk problem. Hidup Mac OS

  5. mirul on 14 Feb 2009

    aman ade tak care nak update 7000 to 7032? Malas nak download sampai 2gb….

  6. naim on 18 Feb 2009

    Salam..leh bg link utk download this latest version…

    • aMaNz on 18 Feb 2009

      Hoho. Try searh kat Pirate Bay atau Mininova. Aku cek, 7022 dah ada, 7032 blum jumpa. Maybe untuk kegunaan dalaman sahaja. Tak lama lagi ada ar kat laman-laman torrent nun..huhu


Tinggalkan Komen Anda