04Feb

Masukkan Google News Pada Laman Anda

Google

Dalam usaha untuk memperluaskan penggunaan Google News, hari ini mereka memperkenalkan widget khas yang mana boleh disertakan ke dalam blog ataupun laman web anda. Anda boleh membina widget anda sendiri mengikut topik kegemaran anda, dan kod widget tersebut akan diberikan kepada anda untuk dimasukkan kedalam laman web ataupun blog.

Widget Google News
Contoh Widget Google News Yang Di Perkenalkan

Widget tersebut seterusnya akan memperlihatkan berita-berita daripada laman Google News mengikut kata kunci yang anda pilih, dan berita akan dipusingkan secara rawak melalui penggunaan AJAX. Anda boleh pilih pelbagai kata kunci seperti Perak, Najib Razak, Hiburan dan sebagainya untuk disertakan, dan kod widget tersebut akan diberikan kepada anda. Mungkin ini salah satu cara untuk Google mendapatkan pembaca baru membaca berita di Google News, disamping pembaca sedia adanya.


Google Knol Memperkenalkan Fungsi Audio
Picasa 3.5 Membawakan Fungsi Geo-Tag
Picasa 3.6 Membawakan Fungsi Kolaborasi
Ujian Fungsi Navigasi Kompak Pada Chrome Dimatikan Oleh Google
#Santai : Video Parodi - Project Glass Daripada Google

3 Komen

  1. hydir pada 05 Feb 2009

    betul tu… Google News memang agak berkesan pada laman web..
    blog saya pon ada gunakan… letak keyword dia.. dan that’s it! [tapi kena save dulu ler.. :D ]

    kbsoccernet.com

  2. haritz pada 05 Feb 2009

    adakah traffic kita boleh meningkat denhan penggunaan Google News ni?

    • aMaNz pada 05 Feb 2009

      Trafik kita tak tentu lagi, tapi trafik Google konfem naik..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader