Cari @ Amanz

Google Earth yang diperkenalkan pada tahun 2006 sudah digunakan oleh jutaan pengguna dari seluruh dunia untuk mengelilingi dunia secara maya. Kini, Google menapak lebih selangkah kehadapan dengan membolehkan para pengguna menyelam ke dasar laut melalui Google Earth. Selain daripada itu, beberapa fungsi tambahan untuk Google Earth turut diperkenalkan hari ini.

Google Earth - Dasar Laut Hawaii
Dasar Laut Hawaii Melalui Google Earth 5.0 [via]

Berbeza dengan Google Street yang mana Google menghantar kenderaan khas untuk menangkap gambar setiap sudut, untuk mendapatkan gambar-gambar di dasar laut ini, Google bekerjasama bersama beberapa syarikat dan badan lain seperti National Geographic, Tentera Laut US dan beberapa persatuan lain untuk mendapatkan gambaran dasar laut.

Google mengambil langkah untuk memperkenalkan fungsi melihat gambar dasar laut pada Google Earth kerana hampir 2/3 muka bumi dilitupi lautan, dan perkara ini telah ditimbulkan oleh Dr. Sylvia Earle. Kini, para pengguna boleh turut sama menyelam ke dalam dasar lautan dan mengalami keindahan laut dengan senang dan mudah.

Selain daripada itu, Google Earth 5.0 turut memperkenalkan beberapa fungsi baharu yang lain, seperti:

  • Kebolehan melihat sesuatu lokasi pada masa sebelumnya. Sebelum ini Google Earth hanya memperlihatkan satu gambar sahaja untuk setiap lokasi, tetapi kini ianya memperlihatkan beberapa buah imej yang berlainan yang mana diambil pada masa-masa berlainan. Terdapat sesetengah kawasan yang mempunyai gambaran sejarah hampir 50 tahun lamanya.
  • Melihat Planet Marikh dalam bentuk 3D. Kini anda boleh melihat gambar-gambar yang ditangkap dengan kerjasama NASA yang mana memperlihatkan gambar-gambar resolusi tinggi yang ditangkap baru-baru ini.
  • © 2024 Amanz Media Sdn Bhd