Cari @ Amanz

Perkhidmatan emel daripada Microsoft, Windows Live Hotmail, kini menerima beberapa perubahan dengan penambahan fungsi-fungsi yang agak menarik. Sebelum ini pun, mereka telah memperkenalkan beberapa fungsi baru seperti rekabentuk yang baru, selain menjadikannya lebih pantas dan mudah digunakan. Hari ini, mereka memperkenalkan beberapa fungsi baru lagi bagi para pengguna Hotmail.

Ramai yang sering merungut berkenaan dengan iklan yang diletakkan dibahagian atas laman Hotmail. Kini, mereka telah mengubah posisinya ke sebelah tepi, sekaligus menjadikan ruangan untuk mesej lebih besar berbanding sebelumnya.

Selain itu, kini ruangan saiz emel anda akan berubah mengikut penggunaan anda. Sebagi permulaan selepas mendaftar, anda akan diberikan ruangan sebanyak 5 Gb. Namun sekiranya penggunaan anda mencapai 5 Gb, ianya akan dinaik-taraf secara automatik. Jadi, anda tidak lagi perlu risau untuk memadam mesej di inbox anda.

Sebelum ini kita sudah ketahui dengan rancangan Microsoft untuk menjadikan Live sebagai laman sosial terbesar, sama seperti rancangan Yahoo!. Untuk merealisasikannya beberapa perkara telah pun dilakukan, dan kini Windows Live Hotmail turut menerima kesannya. Kini anda boleh melihat perkara terbaru rakan-rakan anda seperti blog, Twitter dan Flickr mereka.

Tema Hotmail
Tema Baru Untuk Hotmail [via]

Selain itu, anda juga boleh memasukkan peta, dan beberapa fungsi yang terbina dalam peta seperti arah jalan dan sebaginya terus ke dalam mesej yang ingin dikirimkan.

Peta dan Hotmail
Masukkan Peta Ke Dalam Mesej Anda Dengan Mudah [via]

Dan menariknya, kini mereka juga menawarkan tema baru untuk inbox emel anda sama seperti GMail. Anda juga boleh memasukkan signature pada emel anda dalam bentuk HTML. Menarik bukan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd