25Feb

Microsoft Mencuba Idea Baru Enjin Carian Pada Viveri

Microsoft

Mungkin ramai yang sudah sedia mengetahui mengenai tawaran Microsoft untuk memiliki Yahoo! Namun begitu, baru-baru ini Microsoft telah menyatakan ketidak-inginan mereka terhadap Yahoo! lagi. Hal ini mungkin kerana mereka sudah mula membangunkan enjin carian mereka sendiri. Melalui kajian dan pembangunan yang sedang masih dijalankan, mereka bakal memperkenalkan Viveri.

viveri
Logo Viveri

Awal tahun ini, Ballmer sudah pun mengatakan bahawa mereka bakal membelanjakan lebih $5 billion dalam kajian dan pembangunan, dan Viveri merupakan salah satu komponen didalam pembangunan mereka. Viveri bakal membantu Live Search memperlihatkan hasil carian yang lebih relevan lagi.

Walaubagaimanapun, menurut salah seorang pembangun Microsoft, Viveri bakal menjadi platform untuk mencuba perkara-perkara, idea dan teknologi baru. Seterusnya, sekirany pengguna yang mencuba fungsi tersebut berpuas hati dan tertarik dengan fungsi-fungsi tersebut, ianya bakal di masukkan kedalam Live Search. Pendek kata, Viveri boleh dikatakan sebagai Live Search Labs.


Kemaskini Dari Win 7 Beta Ke RC Di Halang
Microsoft Memperlihatkan Tablet Dengan Windows 7
Internet Explorer 9 Dilancarkan
Office 365 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
(Video) Demonstrasi Windows 8 Dev-Preview Pada Tablet Iconia Tab

2 Komen

  1. spatt pada 25 Feb 2009

    viveri vavavooom?

  2. kalerfool pada 25 Feb 2009

    oh..search engine baru..mampukah menandingi yahoo dan google? aku ade try cuil.com bila diorang kate dapat memberikan hasil carian yg lebih baik..las-las..aku lebih selesa google it je..