05Feb

Microsoft Mengemaskini 100 TB Data Pada Virtual Earth

Microsoft

Setelah Google mengemas-kini aplikasi Google Earth mereka kepada versi baru dan ditambah dengan beberapa sokongan dan fungsi baru, semalam Microsoft mengumumkan mengenai kemaskini data-data pada Virtual Earth yang bersaiz lebih 100 TB. Kemaskini terbaru ini membawa imej-imej baru dari seluruh dunia dengan tumpuan yang lebih diberikan kepada benua Eropah dan juga semestinya Amerika Syarikat.

Virtual Earth
Imej Virtual Earth Terbaru [via]

Data dan imej terbaru ini didapatkan dengan hasil daripada kerjasama bersama DigitalGlobe, imej satelit yang mana Microsoft memperolehi lesennya beberapa bulan yang lepas. Kini, anda boleh melihat pandangan yang lebih menarik untuk beberapa negara seperti Perancis, Jerman, Belanda dan sebagainya.

Virtual Earth
Imej Virtual Earth Terbaru [via]

Benua Asia terutama Malaysia masih lagi belum diberi perhatian yang serius samaada oleh Google Earth mahupun Virtual Earth, dan mungkin kita perlukan servis tempatan kita sendiri.


Microsoft Integrasi Facebook Pada Live
Paparan Halaman Utama Kumo.com
Windows 8 Bakal Di Lepaskan Pada 2012
Pembangunan Windows 8 Beta Semakin Hampir
Microsoft Memfokuskan Web Bebas Plugin Melalui Internet Explorer 10

3 Komen

  1. xflixz pada 05 Feb 2009

    Btol2,Malaysia perlukan servis tempatan kita sendiri supaya data lebih tepat dan memudahkan pengguna.

    Aku harap dengan adanya MSC Malaysia akan menggerakkan lagi kewujudan syarikat2 mcm google ke.siapa tahu? =)

  2. Mac OSX pada 05 Feb 2009

    klu mlesia ada best wooo…

  3. CrusheD_LameR pada 05 Feb 2009

    Salam…~!

    Agaknye, bila lah Asia part terutama negara kite sendiri dapat visual semacam ini?yang ada skang ni pon kurang jelas…

    tapi kalau user upgrade Apps version 5.0, nampak lebih detail sket…~!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader