12Feb

Mozilla Fennec Kini Menyokong Windows Mobile

Perisian, Sumber Terbuka

Dalam usaha untuk membolehkan pelayar web yang dibangunkan Mozilla dijalankan pada setiap gajet, Mozilla telah memperkenalkan Firefox Mobile ataupun Fennec untuk Windows Mobile, atau lebih tepat lagi untuk HTC Touch Pro. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam pembangunan, dan versi yang dilancarkan adalah versi milestone, bukannya beta ataupun alpha.

Mozilla Fennec
Mozilla Fennec

Nampaknya seperti Mozilla benar-benar ingin membolehkan penggunaan Fennec pada setiap gajet mudah alih. Kini, ianya sudah boleh dijalankan pada gajet yang menggunakan Symbian dan juga Windows Mobile, dan mungkin banyak lagi sokongan pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, versi akhir Fennec masih lagi belum dikeluarkan, dan mungkin versi pertamanya akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.


Rekabentuk Firefox 3.7 Makin Menyerupai Chrome
Instagram Kini Mempunyai Lebih 6 Juta Pengguna
Firefox 7 Beta Untuk Android Turut Membawakan Peningkatan Pengurusan Memori
Hampir Separuh Pengguna Torrent Memilih uTorrent Sebagai Aplikasi Pilihan
Yes Go Kini Boleh Digunakan Oleh Para Pengguna Ubuntu Linux Dengan Mudah

Tinggalkan Komen Anda