21Feb

MsjBox Kini Menyokong Tulisan Jawi dan Cina

Web 2.0

Setelah sekian lama beroperasi, MsjBox kini telah memperkenalkan sokongan bahasa baru pada perkhidmatan kotak sembangnya (shoutbox). Mulai 18 Februari 2009 yang lepas, MsjBox sudah mula menyokong tulisan bahasa Cina dan juga tulisan Jawi (bahasa Arab).

Oleh kerana ianya baru sedang mula dicuba, mungkin terdapat sedikit masalah berkaitan dengannya. Namun begitu, anda tidak perlu risau mengenainya, kerana masalah tersebut akan secara automatiknya dihantar ke sistem, dan membolehkan masalah anda itu diselesaikan pada masa hadapan.

Tulisan Jawi Di MsjBox
Tulisan Jawi / Arab di MsjBox

Tulisan Cina Pada MsjBox
Tulisan Cina di MsjBox

MsjBox tahun ini akan memperlihatkan pelbagai perubahan termasuk perubahan dari segi antaramukanya, selain memperkenalkan fungsi auto-refresh, dan status update sama seperti di Twitter. Mungkin pelbagai lagi perubahan akan diperkenalkan pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan MsjBox generasi ke-empat.


Berkongsi Kisah Twitter Melalui Twitter Tales
Grey Attic - Inkubator Tempatan Dilancarkan
WordPress 3.2 RC1 Sedia Diuji
Faces.my Disahkan Pelancarannya Pada Bulan November - Pada 11-11-11
Bersama Pembangun Evenesis - Finalis Anugerah NEF-Awani 2011

8 Komen

  1. Azman Ishak pada 21 Feb 2009

    wah… bagusnye berite ni. Tahniah untuk en. junaidix & pembantu
    die en. shaizhar. memang nampak usaha keras depa.
    *aku tak berapa nak knai.. tapi sokmo gak sembang dengan
    en. shaizhar. *kire ade rasa proud jugak ar hasil mereka yang
    impressive ni. siap ade upgrade version untuk memudahkan
    user… satu bisness yang patut orang kite cube pelopor.

    same same kiter belajar mende mende baru.

    thanks jugak utk en. amanz. blog ni dah menggantikan
    majalah pc yang aku dulu kerap beli. so skang ni tadek alasan
    aku ketinggalan info pasal IT. :D

    you’re the best!

  2. retna pada 22 Feb 2009

    Salam aman,
    Lama sepi..
    Thanks promote kan berita msjbox kat sini…

    btw x moh join kah msjbox annivesary kat melaka nanti??
    Ajak laa sape member aritu yg gi camping@ PD??

    salam – retna

    • aMaNz pada 22 Feb 2009

      hehe..
      kalo bleh memang nak gi
      tapi dah takde transport..
      huaaa…

  3. hydir pada 22 Feb 2009

    msjbox mmg menarik cuma nak tunggu dia boleh kita adjust layout dia or letak pic yg kita minat :)

    • Junaidix pada 22 Feb 2009

      “adjust layout or letak pic yg kita minat”

      erm.. aku tak berapa paham.. boleh explain panjang lebar sikit tak.. kot2 aku boleh incorporate dalam version yang akan datang.. hehe

  4. shaizhar pada 22 Feb 2009

    encik AZMAN Ishak.. encik shaizhar itu sudah menjadi ahli ALUMNI msjbox dot com. kah kah kah.. apa lah sangat sumbangan encik shaizhar tue kepada msjbox

  5. zool pada 22 Feb 2009

    Pakai shoutmix je..
    ada info shoutmix??

  6. Junaidix pada 22 Feb 2009

    salam amanz,

    tima kaceh sebab wat coverage kat sini w/pun features tu more kepada problem solving aja.. hehe..

    btw, kalo nak tempah baju msjbox 2009, boleh lagi utk last minit order. last day 27 feb 2009 :D


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader