26Feb

MYNIC Di Jenamakan Semula Sebagai Domain Registry

Lain-lain

Mungkin buat masa ini orang ramai sudah pun mengenali akan MyNic, badan pendaftar domain .MY. Jumaat yang lalu, mereka sudah menjenamakan diri mereka daripada Mynic kepada Domain Registry. Mereka juga memperkenalkan logo baru bersama-sama dengan slogan baru – Identiti Internet Untuk Semua.

MyNic
Logo .My Yang Baru

Kini, sekiranya anda memasuki laman Mynic.my, secara automatiknya, anda akan dibawa kepada laman DomainRegistry.my. Tujuan penjenamaan semula ini dikatakan adalah salah satu langkah untuk membawa teknologi nama domain lebih dekat kepada para pengguna.

Sebaliknya, saya di aMaNz beranggapan ianya lebih menarik sekiranya menggunakan perkataan MYNIC daripada penggunaan perkataan Domain Registry. Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kepada MyNic kerana berjaya memindahkan data tanpa menganggu operasi sebarang laman web yang menggunakan nama domain .my.

Sedikit perkara yang mungkin perlu diberi perhatian oleh MyNic adalah masih tiada sebarang penggunaan atau pemilihan untuk melihat laman web Domain Registry dalam bahasa Malaysia. Selain itu, slogan – Identiti Internet Untuk Semua juga kurang menepatinya, disebabkan keperluan MyKad ketika pendaftaran nama domain. Mungkin lebih menarik sekiranya menggunakan slogan Identiti Internet Untuk Rakyat Malaysia.


Angkasawan Kedua Akan Di Hantar Sebelum 2015
Rekod Perubatan Diakses Melalui Atas Talian Menjelang 2015
Koleksi Gambar Internet Meme Untuk Digunakan Sebagai Facebook Cover
Aplikasi Proton Preve AR Dilancarkan - Lihat Preve Dalam Bentuk 3D Pada iOS Dan Android
Bilakah Masa Popular Rakyat Malaysia Mengakses Internet Menggunakan Peranti Mudah-Alih?

7 Komen

  1. Junaidix pada 26 Feb 2009

    aku rasa brand mynic tu lagi malaysian.. hehe

  2. AmirMohamad pada 26 Feb 2009

    errr..aku terlambat memiliki nama domain sendiri untuk .my ..hehe..saya setuju pendapat amanz..internet identity fo malaysians

  3. zool pada 26 Feb 2009

    Hm. aku lum pk nak daftar .my lagi..
    nantilah

  4. izz pada 26 Feb 2009

    stuju.. mynic lagik best…

    bile dpt email yg diorang kate diorang dah direbrand jadik domain registry… satu pkataan ‘ter’keluar dr mulot “bodonyeww..” kekekee

  5. Awis pada 26 Feb 2009

    pkai .com dah la..my mhl lg pon..klau wat company bleh a pkai .my..xpon skola nye..edu.my..skola aku nye rm100 sebulan..

  6. xflixz pada 26 Feb 2009

    setuju!!! mynic lagi best..bak kate orang lame.. :)

  7. NaS pada 27 Feb 2009

    Nampak gayanya semua sokong “mynic” (aku pun)… saper la yg silap nasihat depa ni sampai tertukar identiti yang tak syok langsung. tak pasal kena buat SEO 100% balik.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader