15Feb

MySpace Memperkenalkan Fungsi Carian Imej

Web 2.0

MySpace baru-baru ini telah memperkenalkan fungsi carian imej pada enjin carian yang diintegrasinya pada laman tersebut, membolehkan anda membuat carian pada imej-imej laman tersebut, termasuk pada laman Photobucket, yang mana merupakan salah satu laman dibawah syarikat yang sama memiliki MySpace.

Carian Imej Pada MySpace
Carian Fasha Sandha Pada Carian Imej MySpace

Hasil carian yang dilakukan hanya memperlihatkan gambar-gambar yang disetkan sebagai “Public” oada profail para pengguna, selain tag yang digunakan pada gambar-gambar dan imej tersebut digunakan untuk memperlihatkan hasil carian.

Walaubagaimanapun, carian imej di MySpace hanya relevan sekiranya anda melakukan carian bagi nama seseorang individu atau artis. Sekiranya anda melakukan carian untuk tempat atau lokasi dan sebagainya, ianya kurang relevan kerana memperlihatkan gambar pengguna mereka dengan lokasi yang kita cari. Mungkin anda perlu memilih tab Photobucket sekiranya ingin membuat carian imej selain gambar artis atau pengguna, ataupun menggunakan carian pada Flickr ataupun Google Image Search.


Jenama Live Mula Di Gantikan Dengan Bing
2010 dan Teknologi
Aplikasi Android Yang Memperlihatkan Promosi Berdekatan Dilancarkan
CircleHack Membawakan Fungsi Seumpama Circles Pada Facebook
Fleapy Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dan Beberapa Fungsi Baru

4 Komen

  1. menteil pada 15 Feb 2009

    oh habislah bila gambarku dicari.. haha..

    er.. aku dah tak layan myspace.. takper2..

    • spatt pada 16 Feb 2009

      samela kita…
      sejak aku bercinta dgn wordpress n blogging, aku dah ceraikan myspace dgn talak 2.5 dah…
      lagi 0.5 tu trpakse login kalo ade awek cun nak request jd friend..
      muahahaha

  2. amin pada 08 May 2009

    sejak aku ada skype aku dah tak layan myspace ni . tak best langsung

  3. tg amier t amran pada 21 Oct 2009

    asskum……………………….nama aku c.ronaldo 9


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader