Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Skype, salah satu syarikat terkemuka dalam bidang VoIP yang dimiliki oleh eBay, hari ini mengumumkan kerjasama bersama dengan pengeluar telefon bimbit terkemuka di dunia, Nokia. Melalui kerjasama terbaru mereka, Nokia bakal mengeluarkan telefon bimbit barunya bersama-sama dengan aplikasi Skype. N97 yang bakal dikeluarkan pada Jun 2009 bakal merupakan telefon bimbit pertama Nokia yang menyertakan sekali Skype didalamnya.

Skype Pada Nokia N97 [via]
Skype akan diintegrasikan ke dalam buku alaman N97, sekaligus membolehkan para pengguna melihat dan mengetahui rakan mereka di Skype yang sedang dalam talian (online). Yang menariknya, para pengguna Nokia (N97) boleh membuat panggilan percuma dan panggilan yang lebih murah melalui internet sekiranya mereka berada dalam ruangan litupan 3G ataupun rangkaian WiFi.
Sebelum ini, pada hari Isnin, Sony Ericsson mengumumkan mereka bakal menyediakan panel Skype khas pada Windows Mobile XPeria1. Nampaknya, tidak lama lagi, kebanyakkan telefon bimbit pintar akan dilengkapi bersama dengan Skype, sekaligus menjadikan kos panggilan lebih murah.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wow. baru boleh berjimat. hahah.
Bro… wa pakai fring pun kira mantap gak.. cuma leh dengar sore jer… harap yang ni nanti bisa boleh video call sekali gune skype… auww…
Handset aku tak support Fring. Kena upgrade beli handset baru. Huhu.
amanz.. tunggu n97 la.. damn bustad… geram aku ngk design dia…..
aww…. masuk YM pon kool gak neh nanti… leh video call, call, calling2 awek YM.. hahaha.. hidup semakin best…
pastu bayangkan sms pun dah free nanti.. guna Yahoo sms.. pergh… x yah topup dah gini…
fuh.. gila gempak.. kalau mcm ni nk la aku angkat sbijik.. tak payah nk topup lg dah. hahaha.. tp kalau aku angkat pun, boleh ke skype ngan member yg hp biase2 je. huhu..
Sony Ericcson tade ke, Samsung ke. Nokia kan boikot, huhu.
Sony Ericcson pun ada umumkan kerjasama gak ngan Skype, tapi tak intergrate abis cam Nokia nie. Dia just bagi standalone application.
kopak la mobile operator nanti.. hehehe