06Feb

Opera Membangunkan Enjin JavaScript Terpantas Di Dunia

Perisian, Sumber Terbuka

Opera sememangnya diketahui dalam menyediakan pelayar web yang amat pantas dan mudah digunakan untuk melayari internet. Terbaru, mereka sedang membangunkan enjin javascript yang paling pantas yang mana dikenali sebagai Carakan. Buat masa ini, Carakan lebih 2.5 kali ganda pantas berbanding dengan enjin javascript Futhark yang digunakan di dalam Opera 10.

Opera bercadang mengeluarkan Carakan secepat yang mungkin, namun masih tidak diketahui di dalam pelayar web Opera versi ke berapa. Opera versi 10 masih lagi belum dikeluarkan, namun Opera 10 Alpha yang diperkenalkan sebelum ini masih menggunakan enjin Presto 2.2, dan mendapat skor 100% dalam ujian Acid3.

Dalam ujian yang dilakukan menggunakan Carakan, ianya lebih 2.5 kali ganda pantas berbanding Presto 2.2 apabila di uji pada SunSpider. Walaubagaimanapun, beberapa ujian berasingan menunjukkan peningkatan kelajuan antara 5 hingga 50 kali ganda. Para penguji dan pembangun Opera sudah membangunkan Carakan untuk beberapa bulan kebelakangan ini.


simpleLinux Edisi Komuniti Dilancarkan
PhoneGap Memudahkan Pembangunan Aplikasi Untuk Pelbagai Platform
Docomo Memperlihatkan Demo Aplikasi Penterjemah Suara Masa-Nyata
Canonical Menghentikan Sokongan Untuk Kubuntu Bermula 12.10
Firefox Bakal Memperkenalkan Antaramuka Selari Untuk Semua Platform

2 Komen

  1. MK pada 06 Feb 2009

    Sebelum ni pun, Opera memang laju dari segi kepenggunaan (shortcuts, interface, etc). Tapi bila blog-blog buat perbandingan web browser, dorang tak ambil kira benda-benda tu suma, walaupun itulah yang sebenarnya orang selalu guna.

    Blog-blog lebih suka bandingkan benda2 yang nampak pada graf dan statistik, macam JS. Pada aku, JS takdela signifikan sangat, sebab website yang aku lawat, takde la banyak sangat yang guna JS secara berat. Dan sebelum ni, enjin JS Opera tewas pada Firefox dan Safari.

    Sekarang ni, bagus gak la Opera usaha untuk perbaiki enjin JS dorang. Skarang ni aku guna Opera 10 Alpha, tak sabar nak cuba enjin Carakan ni lak.

    • TMUkmkd pada 16 Mar 2010

      tapi pengalaman aku guna opera mengatakan ada masalah sikit kat opera. lagi2 masalah tulisan unicode bukan roman.
      macam arabic
      sama macam chrome. tapi chrome lagi pelik!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader