13Feb

Opera Turbo Untuk Melayari Web Lebih Pantas

Perisian

Opera hari ini mengumumkan mengenai Opera Turbo, suatu inovasi baru daripada pengeluar pelayar web terpantas di dunia, yang mana bertujuan untuk menyediakan pengalaman melayari web yang lebih baik lagi. Ianya dibangunkan bagi pelanggan Opera Desktop, Opera Mobile dan juga pengguna Opera SDK yang lain.

Opera Turbo

Sepertimana namanya, Opera Turbo membolehkan anda melayari laman web dengan lebih pantas daripada yang biasa, selain menjimatkan penggunaan bandwith. Menariknya, dengan penggunaan Opera Turbo ini, bukan sahaja laman web yang dilayari menggunakan Opera Desktop saja yang lebih laju, malah juga bagi pengguna Opera Mobile. Selain itu, anda juga boleh menggunakan telefon bimbit atau gajet mudah alih dengan keupayaan yang rendah, dan dapatkan kelajuan yang sama dengan pengguna lain melalui Opera Turbo.

Opera Turbo
Bagaimana Turbo Berfungsi [via]

Opera dijangkakan memperkenalkan Opera Turbo dengan lebih mendalam pada MWC 2009 ini yang berlaku antara 16 hingga 19 Februari 2009 di Spain.


Aplikasi Emel Postbox Di Perkenalkan
uTorrent 2.1 Membolehkan Video Di Lihat Terlebih Dahulu
Pengenalan Adobe CS5 Pada 12 April Ini
Direct2D Dan Multi-Proses Menjadi Keutamaan Firefox
Aplikasi Waze 3.0 Diperkenalkan Kepada Para Pengguna Android

4 Komen

  1. Shaffik pada 13 Feb 2009

    Wah bagus ni ..kena try nie..

  2. haritz pada 13 Feb 2009

    kenapa aku bukak dia tak der ape2. Adakah dia macam google chrome atau mozilla?

  3. shraqs pada 13 Feb 2009

    tak boleh percaya nie. Aku tetap dengan Firefox

  4. ManticoreX pada 13 Feb 2009

    Kena test ni :P


Tinggalkan Komen Anda