24Feb

Paparan Antaramuka Snow Leopard Mula Kelihatan

Lain-lain

Umum mungkin sudah ketahui berkenaan beberapa sistem operasi yang bakal diperkenalkan sepanjang tahun ini, iaitu Windows 7 dan juga Ubuntu 9.04 serta Ubuntu 9.10. Selain daripada itu, Apple juga sedang membangunkan sistem operasi mereka yang terbaru, yang mana dikenali sebagai Mac OS X Snow Leopard.

Snow Leopard 10A261
System Preferences Mempersembahkan Antaramuka Baru [via]

Beberapa paparan antaramuka versi pembangunan Mac OS X Snow Leopard juga mula tersebar di internet hari ini. Walaubagaimanapun, tiada perubahan drastik yang diperlihatkan pada Snow Leopard. Hal ini juga telah diberitahu oleh pihak Apple sendiri sebelum ini, dimana melalui versi terkini sistem operasi mereka, mereka ingin mempertingkatkan mutu dan prestasi sistem operasi mereka, selain menjadikannya lebih stabil lagi.

Beberapa perubahan kecil yang dilakukan adalah seperti:

  • System Preferences memperkenalkan beberapa perubahan kecil.
  • Fungsi Put Back yang mana membolehkan fail yang dipadam, dikembalikan kepada folder asalnya.
  • Semua fungsi dibolehkan dalam Quick Time. Kini, tidak lagi perlu membazir membeli Quick Time Pro.
  • …dan banyak lagi.
  • SnowLeopard - Put Back
    Kebolehan Mengembalikan Fail Yang Telah Di Padam [via]

    Walaupun sebelum ini terdapat spekulasi berkenaan tarikh keluaran Mac OS X yang mana dijangka pada bulan Mac 2009 ini, ianya kelihatan seperti Apple tidak akan keluarkannya pada bulan Mac ini. Mungkin ianya mengambil masa sedikit, supaya ianya lebih menepati dan memuaskan para pengguna.


    PhotoWalk - Sejarah Lebih Menarik Dan Interaktif
    Konsep iMessage Pada OS X Diperlihatkan
    OS X Lion Sedia Dimuat-Turun Melalui Mac AppStore
    Perbandingan Antara Tablet Windows 8 Dan iPad iOS 5 Diperlihatkan
    IBM Memperlihatkan Ramalan Teknologi Untuk 5 Tahun Akan Datang

    10 Komen

    1. flip9 pada 24 Feb 2009

      Cun betul..
      satu hari nnt aku nk angkt la MacBook sebijik..

      • Gadis Lonely? pada 24 Feb 2009

        aku pun.. sob sob… aku nak apple air.. nak gak.. nakkkkkkkk!!!

    2. anarm pada 24 Feb 2009

      huhu.. aku pon nak jugak.. naakk jugaakk.. tak kire!!

    3. blowie pada 24 Feb 2009

      aku masih belum mampu utk memilikinya :P

    4. hydir pada 24 Feb 2009

      Apple software n Mac mmg menarik
      aku harap boleh angkat satu bulan depan …

      Mac Book Pro 15″

    5. loque pada 25 Feb 2009

      oh apple idaman ku!
      :D

      • abdusfauzi pada 10 Mar 2009

        Video macbook wheel tu lawak.

        Quote:
        “The bla bla bla is located hundreds scroll away.”

        :P

        • aMaNz pada 10 Mar 2009

          wakaka…video parodi… :P

    6. abdusfauzi pada 10 Mar 2009

      agak2, ade price cut tak utk upgrade from leopard to snow leopard? huhu, nak jugak! tapi leopard ni x smpi setahun lagi. huk huk.


    Tinggalkan Komen Anda