23Feb

Pembangunan WordPress 2.8 Sudah Di Mulakan

Web 2.0

WordPress 2.7.1 baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini, yang mana semestinya memperlihatkan pembangunan WordPress 2.8 sudah pun dimulakan. Sebelum ini pun, pihak pembangun WordPress sudah melakukan sedikit bancian berkenaan apa yang dikehendaki dalam WordPress versi seterusnya itu.

Ryan Boren, salah seorang pembangun terkemuka WordPress menulis didalam blog miliknya berkenaan dengan perkara baru yang bakal diperkenalkan dalam WordPress 2.8 kelak. Antara perkara utama yang bakal dipertingkatkan dalam WordPress 2.8 adalah peningkatan prestasi pangkalan data, dan juga masa loading script. Selain itu, mereka juga bakal memperkenalkan fungsi memasang tema terus daripada panel admin WordPress sama seperti yang dibuat untuk plugin sebelum ini. Dengannnya, mungkin anda kelak boleh terus melakukan carian tema dan memasangnya pada blog anda dengan mudah.

Walaubagaimanapun, masih belum diumumkan mengenai tarikh keluarannya kelak. Sama-sama kita nantikan WordPress 2.8 kelak.

P.S: Singapura dalam perancangan untuk mengadakan acara khas untuk para pengguna WordPress, Movable Type, Type Pad dan platform blogging lain tidak lama lagi. Malaysia pula bila lagi?


WordPress 2.9 Membawakan Pelbagai Fungsi Menarik
Infografik : Twitter Kini Mempunyai Lebih 200 Juta Pengguna
LivingSocial Memasuki Arena Malaysia Melalui Everyday.com.my
64% Pengguna Malaysia Dipengaruhi Oleh Pengiklanan Media Sosial
Google, Yahoo! Dan Amazon Membida Untuk Pembelian Hulu

16 Komen

  1. twenty-six pada 23 Feb 2009

    acara apa yang boleh diadakan dimalaysia?

    acara menyumbatkan secara beramai-ramai blogger politik haluan kiri ke kem kamunting..

    heh..ter politikal pulak aku.

  2. Azman Ishak pada 23 Feb 2009

    kat malaysia ni pon, inisiatif blogger malaysia
    yang buat gath sendiri… kalau nak harapkan
    anjuran… erm.. kim salam le.. blom sampai mase lagi,

    masalah kite sebagai blogger dianggap sebagai lipas
    oleh media prima… memang aku cukup hangin.
    aku still ingat kate kate tuh. *keji betoi.

    cakap pasai WP2.8… erm.. aku try install wp2.7.1 hari tuh..
    nampak macam tak upgrade… lebih kecewa bile paparan
    upgrade menunjukkan aku tak perlu upgrade ape ape.
    padahal release yang dipaparkan pada dashboard aku adalah
    WP2.7 tak berpa nak paham la masalah ni.

    • aMaNz pada 23 Feb 2009

      try tengok kat bahagian footer, dia tunjuk 2.7.1 tak? hhuhu

  3. hashim habeed pada 23 Feb 2009

    Salam.

    Saya 2.7 pun blum update lagi ni dah nak kuar 2.8 lajunya kemajuan teknologi .. semakin lama semakin canggih

  4. KNizam pada 23 Feb 2009

    penat la aku nak upgrade je keje
    dah la masa 2.7.1 aku tersalah upgrade. terdeactivate semua plug in.
    geram aku. hehe :)

  5. menteil pada 23 Feb 2009

    melihat rungutan diatas nie, aku kira beruntung la tak upgrade ke 2.7.1? hehe..

  6. anarm pada 23 Feb 2009

    hmm.. akan aku tunggu kemunculanmu oh wordpress 2.8..
    wordpress rawk..

  7. megat pada 23 Feb 2009

    kelihatan menarik. tak sabar pula tunggu wp 2.8. versi skang ni terdapat byk masalah scripting, terutama ketika terbit entri dan memuat naik fail.

    wah boleh pasang tema terus dari admin! menarik! seperti ang berlaku pada versi skang ni. dapat terus memasang plugin dari admin.

  8. xmindfreakx pada 24 Feb 2009

    upgrade lagi……………betul betul betul..adeh2
    -penangan si upin ipin la nie-

  9. Jaws pada 24 Feb 2009

    ades..
    aku 2.7 nyer pon tak upgrade ag..
    dah terus ke 2.8..
    cepat giler diorg nih..
    lek2 arr..
    takkan nak mengadap wordpress jer..
    hahaha..
    amnz, camner nak upgrade dari v 2.6 ke 2.7?
    aku blank arr nak wat n takde masa..huhu..

  10. Gadis Lonely? pada 24 Feb 2009

    x sabar2…. umur aku 30 tahun nanti, dah dah version bape la wordpress ni yew… x sabo.. time tu, isteri-isteri aku, anak-anak aku.. semua ada blog.

  11. j_hafiz pada 24 Feb 2009

    bgus2.. saye harap nnti ade function mcm blogger punye. nk tkr ssun atur tu bior le blh drag mcm blogger tu.. kan2?sng ja kan?sapa stuju sila tmbh komen sini….

  12. ain pada 24 Feb 2009

    erm..sy ada gak akaun wp tp xberapa aktif..lg suka kt bspt…
    tu la, nk edit wp agak susah, xmcm bspt..
    function xsama..tp masing2 ada kelebihan msing2 kn?

  13. flip9 pada 24 Feb 2009

    aduss..
    kena update lg la nnt..
    aku rasa diorang ni tak tido r..
    spanjang masa pikir pasal wordpress..keh3

  14. Junaidix pada 24 Feb 2009

    biler la aku nak guna wordpress gak nih? huhuhuhu..

  15. budeen pada 25 Feb 2009

    aisey! mine is still 2.5.. rasa mcm stone age la plak.. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader