18Feb

Personalisasikan Windows 7 Anda Dengan Mudah

Microsoft

Jikalau sebelum ini anda sering menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Windows Blind untuk menggunakan tema dan mengubah antaramuka sistem operasi Windows anda, melalui Windows 7 anda tidak memerlukannya lagi. Kini, Microsoft sendiri menyediakan beberapa koleksi tema, wallpaper, dan gajet dekstop khas untuk pengguna Windows 7.

Windows 7 Desktop Wallpaper
Salah satu latar belakang desktop yang disediakan [via]

Anda kini boleh mengubah tema desktop anda dengan hanya satu klik melalui laman khas yang disediakan oleh Microsoft, yang mana ianya bakal mengubah latar belakang desktop (wallpaper), bunyi, dan ikon. Anda juga boleh mengubah kembali kepada bentuk asal melalui tetapan Personalization Control Panel. Menariknya, walaupun wallpaper mereka dibina untuk monitor bercirikan wide-screen, ianya tetap menarik apabila digunakan

Walaupun buat masa ini, hanya beberapa belasan tema dan wallpaper sahaja yang disediakan, dan ianya mungkin akan bertambah tidak lama lagi. Dan mungkin juga Microsoft kelak akan membolehkan para pembangun tema, muat-naik tema rekaan mereka.


Office 14 - Aplikasi Pejabat Dari Microsoft
Muat-Turun Windows 7 Sekarang
Office 2010 Beta Di Muat-Turun Lebih 1 Juta Kali
Windows 8 Untuk Tablet Bakal Diperlihatkan Minggu Hadapan?
Windows 8 Membawakan Perubahan Pada Fungsi Pengurusan Fail

1 Komen

  1. hydir pada 18 Feb 2009

    cantik betul gambar tu …
    makin mnarik Win 7 nih… :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader