Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sudah tiga tahun Twitter berada di arena internet, namun sehingga kini, mereka masih belum menjana duit melaluinya. Masih tiada iklan berbayar di laman mereka, walaupun terdapat beberapa laman lain menggunakan API Twitter untuk menyertakan iklan ke dalam tweet para pengguna. Terbaru, kedengaran mereka akan mula mengenakan caj untuk syarikat yang menggunakan Twitter untuk tujuan komersial.
Mungkin mereka mendapat idea ini setelah Dell baru-baru ini telah berjaya menjana jualan bernilai lebih $1 juta hanya melalui Twitter. Namun begitu masih tidak begitu diketahui bagaimana Twitter bakal mengenakan caj untuk para penggunanya, kerana terdapat juga syarikat-syarikat yang menggunakan akaun dengan nama individu, dan ianya mungkin agak sukar untuk Twitter mula mengenakan caj.
Melainkan sekiranya jika mereka memperkenalkan akaun pro seperti mana terdapat pada laman Flickr dan sebagainya. Pada minggu lepas, terdapat satu artikel yang memberi idea awal bagaimana Twitter bakal menjana pendapatan. Antaranya adalah memperkenalkan brand verification, sepertimana eBay melakukan dengan Power Seller. Melalui brand verification, seseorang boleh mengetahui bahawa sesebuah syarikat itu adalah benar, dan bukannya disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sama-sama kita tunggu dan nantikan perkembangan Twitter selanjutnya.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
huhu.. dia sudah menunjukkan belang…
takper2..
syarikat jer kena bayar..
jangan kita2 nie kena sudah..
kalo aku pon kena bayar twitter merana gak la beb.. hohoh byak gak la aku jana trafik dari twitter ni.. hohoho
memang patut depa kena kan caj… mana taknyer… lembu punya susu… sapi dapat nama… mana aci…
kalo kena caj… caj ler bebanyak kat kompeni2 tu supaya dia boleh bagi percuma kepada personal user…
heh…