25Feb

Ubah Title Bar Untuk GMail Anda

Google

Mungkin kadangkala anda sibuk melayari laman web, dan malas untuk membuka tab GMail untuk melihat ketibaan emel baru. Untuk mengatasi perkara ini, anda mungkin pernah menggunakan plugin Firefox untuk memperlihatkan emel baru pada title bar. Namun, kini anda tidak memerlukannya lagi, dengan fungsi baru yang diperkenalkan oleh GMail Labs.

Title Tweaks

Fungsi baru yang dinamakan Title Tweaks ini membolehkan anda mengubah elemen pada title bar di pelayar web anda. Selepas anda mengaktifkan fungsi ini melalui pilihan Labs dibawah Settings, anda boleh melihat emel-emel baru yang belum dibaca hanya melalui tab sahaja. Dengan ini, anda boleh mengetahui jumlah emel yang masih belum dibaca walaupun anda telah minimize-kan tetingkap pelayar web anda. Menarik bukan?


Google Memperkenalkan Auto-Reply
Chrome Extensions? Selamat Tinggal Firefox
Chrome Mencapai Usia 2 Tahun Dan Versi 6.0
Kandungan Video Pada Google Video Akan Di Padam Pada 13 Mei
Google Melalui Chromium Turut Mula Menghalang Sijil Yang Dikeluarkan Digicert Malaysia

1 Komen

  1. Gadis Lonely? pada 26 Feb 2009

    Guna WebMail Notifier (firefox plugin) adalah yg terbaik… x kan nak biar ke gmail tu terbukak je nak tunggu email masuk kan? walaupun dia tunjuk kat tab tu…


Tinggalkan Komen Anda