21Feb

Windows 7 Beta Menerima Ujian Kemaskini Pada 24 Feb

Microsoft

Sekiranya anda menggunakan Windows 7 Beta pada desktop anda, mungkin berita ini amat penting buat anda dan sistem komputer anda. Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan kemaskini automatik terkini untuk Windows 7 Beta (Build 7000) mulai 24 Februari ini.

Salah satu tujuan utama mencuba kemaskini secara automatik ini adalah untuk memastikan Windows 7 berupaya untuk dikemaskini secara dalam talian, disamping menguji Windows 7 sekiranya terdapat sebarang masalah ataupun tidak. Walaubagaimanapun, untuk memasang kemaskini tersebut pada komputer anda, anda perlu memberikan kebenaran terlebih dahulu. Anda akan diberitahu melalui panel kemaskini bahawa ianya hanyalah untuk ujian sahaja.

Kemaskini tersebut tidak akan membuat sebarang perubahan, dan anda boleh tidak memasangnya pada Windows 7 Beta anda. Dengan pergerakan pembangunan Windows 7 yang agak pantas ini, berkemungkinan tinggi, Windows 7 akan menemui para pengguna lebih awal daripada masa yang dijangka sebelum ini.


Win 7 : Pegangan Pasaran Adalah Sebanyak 2.15%
Apakah Masa Depan Silverlight?
Kelebihan Menggunakan Perisian Tulen Daripada Microsoft
Windows 8 Membolehkan Storan Fail Pemasangan Di Lokasi Alternatif
Microsoft Akan Mengedarkan Windows 8 Build 8100 Rabu Ini?

4 Komen

  1. milsum pada 21 Feb 2009

    windows 7 dh ek?
    hmmm x sempat nk ikut benda alah nih… :(

  2. skruemas pada 21 Feb 2009

    mmm… skru dah update win 7 nie dr vista. bagus win 7 sbb lbh laju & stabil. tapi alamak, msh byk hardware x ngan ngan win 7 lg. spt cth skru nyer printer dell boleh install tapi x leh pakai (bila print dia x jumpa printer). ader saper2 tau nak buat mcm mn.

  3. junkies pada 21 Feb 2009

    uik skru…aku dulu try untuk printer samsung gituh jugak. aku mula guna driver untuk vista. tp bila aku try guna driver untuk XP plak boleh. so ok jelah…

    • aman pada 22 Feb 2009

      ha’a…kengkadang dia ada komplikasi ngan driver…


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader