26Feb

Windows 7 Pada Bulan Oktober 2009?

Microsoft

Jikalau sebelum ini terdapat banyak spekulasi tentang tarikh pelancaran Windows 7 kelak, hari ini, presiden sebuah syarikat di Taipei memberitahu bahawa Windows 7 bakal menemui para pengguna pada bulan September ataupun bulan Oktober tahun ini.

Menurut beliau, mengikut jadual pelepasan yang mana memperlihatkan Windows 7 RTM bakal dilepaskan pada bulan Oktober 2009 kelak. Namun begitu, mungkin beliau terlupa bahawa Windows 7 RTM dan juga Windows 7 GA adalah dua keluaran berbeza, dan mungkin mempunyai sedikit masa diantaranya.

Microsoft sebelum ini telah melepaskan Windows 7 Beta untuk dicuba oleh para pengguna pada Januari 10 yang lalu. Dan sehingga kini, sudah diketahui bahawa Microsoft telah membangunkan sehingga Windows 7 Build 7048 yang mana dikatakan sebagai Windows 7 RC.


Windows 7 Build 7025 Mula Kelihatan
Task Manager Berevolusi Pada Windows 8
Lagi Video Skrin Log Masuk Ke Windows 8 Kelihatan
Windows 8 Tidak Mengintegrasikan Sokongan Dolby Digital Plus?
Windows 8 Beta Diperlihatkan Melalui Video Di CES 2012

6 Komen

  1. megat pada 26 Feb 2009

    apa agaknya penangan dari sistem operasi terbaru dari microsoft tersebut. semakin canggih dan mudah, tetapi semakin mahal hingga mencekik darah.

  2. xflixz pada 26 Feb 2009

    erk..hopefully windows 7 nih dpt improve lagi dari vista.bak kate org biar windows 7 ni mcm xp yang divista kan.haha =)

  3. eZad pada 27 Feb 2009

    Aku mendapat respon ttg windows 7 ni, bahawa ianya tidaklah seberat yg disangkakan masih boleh diinstal menggunakan processor pentium dan 1GB ram dan berjalan lancar, cuma perubahan program dari isi perutnya sahaja, GUI masih kekal..huhu

  4. Junaidix pada 27 Feb 2009

    tak der free upgrade ke? hehe

  5. hydir pada 27 Feb 2009

    Bulan 9 yer … tp td baru baca email yg katakan Mac Book Pro 17″ dah boleh beli … camna ni ek..

    Win or Apple?

  6. kalerfool pada 05 Mar 2009

    aaah..pasni vista da x bes la..da ade windows 7..huii..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader