18Feb

Yahoo! Memperkenalkan Aplikasi Mudah Alih Serba Baru

Yahoo!

Yahoo! semalam telah mengumumkan penjenamaan semula dan memperkenalkan kembali perkhimatan mudah-alihnya, Yahoo! Mobile. Yahoo! dijangka akan memperkenalkan versi baru Yahoo! Mobile-nya pada akhir bulan Mac 2009 nanti, beserta dengan aplikasi baru untuk telefon muda-alih pintar termasuk untuk iPhone.

Yahoo! Mobile

Aplikasi baru itu kelak bakal memperkenalkan fungsi carian web, selain membolehkan para pengguna memeriksa akaun emel mereka dan mengakses Yahoo! Messenger. Selain itu, aplikasi iPhone bakal memperkenalkan Yahoo! OneSearch dan juga OnePlace bersama-sama dengan OneConnect yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Para pengguna telefon bimbit pintar pula bakal mendapat kebolehan untuk membuat carian melalui suara (voice search) dan juga pelayar web Opera Mini yang diintegrasikan bersama.

Jikalau sebelum ini anda perlu memasang semua aplikasi yang ditawarkan oleh Yahoo! secara berasingan, melalui aplikasi baru yang bakal diperkenalkan ini, semua aplikasi disertakan bersama untuk diakses dengan mudah dan cepat.


Instagram Untuk Android Kini Dalam Pembangunan
Skype Memperkenalkan Aplikasi Qik Video Connect
Yahoo! Memperkenalkan Search Direct
Apple Melancarkan iPhone 4 Putih Secara Rasminya
Maxis Mula Menawarkan iPhone 3GS Pada Harga Serendah RM199

1 Komen

  1. hydir pada 19 Feb 2009

    aku mmg ada guna Y! Mobile ni…
    tak tahu pula ada version terbaru…

    Nanti try … thanks!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader