30Mar

Blogtitude Bakal Kembali April Ini

Web 2.0

Mungkin sudah agak lama tiada sebarang berita berkenaan Blogtitude kedengaran. Ianya sudah hampir sebulan Blogtitude memaparkan mesej pada halaman utamanya, mengatakan mereka bakal kembali tidak lama lagi. Menurut pembangunnya, Azraai, Blogtitude bakal memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru, beserta dengan fungsi-fungsi menarik pada bulan April ini.

Kedudukan Panel Pengguna dan Kategori
Kedudukan Panel Pengguna dan Kategori

Salah satu fungsi utama yang bakal diperkenalkan adalah fungsi halaman ahli, yang mana bakal mengguna-pakai Facebook Connect, seperti yang dikatakan sebelum ini. Melaluinya, anda bakal boleh mengikuti sesuatu blog yang anda rasakannya menarik, dan memperlihatkan kemaskini daripada blog-blog tersebut dengan mudah. Anda juga boleh mengundi sesuatu artikel itu naik atau turun, berdasarkan pada artikel yang ditulis, selain berkongsi artikel tersebut melalui beberapa medium yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Selain daripada itu, lagi satu perkara menarik yang bakal diperkenalkan adalah fungsi kategori, yang mana sekaligus memudahkan para pengguna membaca dan mengikuti sesuatu topik atau kategori dengan lebih mudah, berbanding pada masa ini yang mana kesemua artikel dicampurkan sekali, dan tidak boleh diasingkan berdasarkan kategori.

Blogtitude
Rekabentuk Blogtitude Baru

Buat masa ini, masih tiada sebarang perubahan drastik kepada rekabentuk dan antaramuka Blogtitude, tetapi mungkin terdapat sedikit perbezaan pada produk akhir kelak. Buat masa ini, tarikh yang dijangkakan untuk Blogtitude versi baru ini dilepaskan adalah pada 1 April, tetapi ianya mungkin berubah nanti.


Berjayakah Perkhidmatan MyEmail Dilancarkan Pada Bulan Julai Ini?
VoucHEREs Menjuarai Make The Pitch - RM700,000 Untuk Memperluaskannya
DEMO Asia : FlexiRoam Memenangi Anugerah DEMO Guru
Pandang Pertama - Aplikasi Instagram Untuk Android
Aplikasi 500px Untuk iPad Kini Menyokong Paparan Retina

8 Komen

  1. emptyspace pada 30 Mar 2009

    aku berharap pembangun akan setia membangunkannya sehingga ke version final

  2. rei pada 30 Mar 2009

    sesambil tu leh la try http://www.bloggerunited.com :)

  3. nikillas pada 30 Mar 2009

    first time dengar mengenai blogitude ni.. cam bset je.. hurm..

  4. AmirMohamad pada 31 Mar 2009

    mintak amanz update terbaru terbaru yang famous skang nih..hehehe..

    • aMaNz pada 31 Mar 2009

      insyaallah…busy sikit seminggu dua nie. banyak sikit asaimen. hehe.

  5. loque pada 31 Mar 2009

    wah info baru ni…
    baru taw ape blogitude

  6. ejon pada 31 Mar 2009

    blogtitude ni ala2 mybloglog ke


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader