Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah mencuba dengan Facebook Connect sebelum ini, Blogtitude sekali lagi mengubah rekabentuk lamannya kepada rekabentuk lama dengan sedikit perubahan kecil pada halamannya. Rekabentuk baru memperlihatkan mereka sudah sedia untuk memperkenalkan fungsi ahli tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, dukacitanya, laman tersebut kini tidak memperlihatkan sebarang entri.

Rekabentuk Blogtitude Terkini
Sebelum ini, Blogtitude pernah menggunakan rekabentuk ini ketika kembali beroperasi semula pada tahun ini. Seterusnya mereka mengubah rekabentuk kepada rekabentuk berwarna putih, sebelum kini menggunakan semula rekabentuk lama.

Bahagian Footer Blogtitude
Menariknya, rekabentuk baharu ini memperlihatkan beberapa pengenalan fungsi baru. Antaranya adalah pengenalan halaman ahli yang mana membolehkan para ahli berdaftar (mungkin menggunakan Facebook Connect) untuk undi sesuatu artikel, disamping membolehkan ahli claim blog mereka. Selain daripada itu juga, kini Blogtitude bakal memperkenalkan kategori pada laman mereka, yang mana kelak membolehkan pengguna melihat artikel terkini mengikut kategori.
Blogtitude mula beroperasi semula pada awal Januari yang lalu.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
asyik bertukar wajah, tapi dari dulu masih BETA. aku pun tak faham..
ekekeke.. itulah.. admin busy ngan exam kot? dan aku rasa takde ape yg boleh dibanggakan dengan Facebook Connect.. lagi bagus suruh orang register sendiri terus kat web tu..
Tapi kan, dari dulu tercari-cari tang mana nak register.. Admin ke yang list kan blog2 kat situ? list kan la blog saya sekali yer..