19Mar

Cuba Expression Web SuperPreview Sekarang

Microsoft

Selain daripada Silverlight 3.0 yang mendapat perhatian ramai pada MIX 09, Microsoft juga hari ini memperkenalkan Expression Web SuperPreview, salah satu subset daripada Expression Web 3 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Walaupun agak kurang popular, ianya merupakan salah satu aplikasi yang amat berguna bagi para pembangun laman web.

superpreview
SuperPreview Ketika Beraksi [via]

Hampir setiap pembangun laman web hari ini menghadapi masalah untuk membolehkan laman web yang dibangunkan mereka berfungsi dengan sempurna pada setiap pelayar web. Dengan lambakan pelayar web, seperti Internet Explorer, Firefox, Safari dan banyak lagi, mungkin tidak semua yang boleh memasangnya pada komputer mereka. Di sinilah Expression Web SuperPreview datang menolong, dimana ianya menyediakan pandangan melalui pelayar web yang berbeza. Melalui hanya beberapa klik sahaja, anda sudah boleh melihat dan bandingkan laman web anda pada pelayar web yang berbeza.

Untuk mencubanya, anda boleh memuat-turunnya serta-merta daripada laman Microsoft secara percuma. Tetapi, ianya masih lagi dalam pembangunan, dan versi pembangunan ini hanya memberikan anda untuk mengujinya pada enjin Internet Explorer sahaja. Versi akhir perisian ini dijangka akan menemui para pengguna pada akhir tahun ini, dengan lebih banyak fungsi lagi.


Silverlight 3.0 Boleh Di Muat-Turun Sekarang
Microsoft Memulakan Kempen Menarik Pengguna Yahoo! Mail Ke Hotmail
Skrin Pemasangan Windows 8 Diperlihatkan Dalam Bentuk Video
Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui 25,000
Windows Live Bakal Membawakan Sokongan Integrasi Skype?

3 Komen

  1. Khai pada 19 Mar 2009

    chet! dia yg buat IE, dia yg sibuk nak buat menda ni.. hehee.. kalau dia buat yang boleh tolong fix kan takpe jugak.. ni setakat preview rupa kat browser je.. serupa tolong tak ikhlas.

  2. kaizer pada 19 Mar 2009

    microsoft bro.memang x de hasrat pun nak bantu org.klu dia bantu mesti utk bisnes dia je.Dalam linux ubuntu ada perisian utk buat ujian ni?

  3. Maya pada 21 Mar 2009

    Apa pun benda ni memang berguna


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader