10Mar

Firefox 3.5 Beta 4 Selepas Firefox 3.1 Beta 3

Perisian

Seperti yang sedia diketahui, nombor versi pelayar web Firefox akan berubah daripada Firefox 3.1 kepada Firefox 3.5. Sebagai langkah permulaan, Firefox 3.1 Beta 3 yang dirancang dikeluarkan pada minggu ini adalah yang terakhir dalam versinya.

Selepas ini, versi pembangunan seterusnya akan dilabelkan sebagai Firefox 3.5 Beta 4. Minefield pula dijangka akan diberikan angka pembangunan 3.6, sekaligus dilabelkan sebagai 3.6 Alpha 1. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah petanda versi seterusnya adalah Firefox 3.6. Semua penamaan semula akan mula dilakukan mulai Mac 17.

Mozilla dijangka bakal menyelesaikan lebih 100 pepijat sebelum menaik-taraf kepada Firefox 3.5. Peningkatan nombor versi ini sendiri memperlihatkan Firefox versi seterusnya ini bakal didatangkan dengan beberapa perkara baru. Selain Firefox, Google turut sama sedang membangunkan pelayar web mereka – Chrome, yang mana ianya dijangka bakal memperkenalkan fungsi add-on seperti Firefox, selain Microsoft bersama Internet Explorer 8.


Firefox 9 Bakal Memulakan Pembangunan Pada 16 Ogos
TeamViewer Membolehkan Anda Mengakses Komputer Menggunakan Peranti Android Atau iOS
Opera 12 Pra-Alpha Mula Memperlihatkan Perubahan Pada Antaramuka
Muat-Turun Aplikasi Facebook Messenger Untuk Windows 7 Sekarang
Pembangun Tempatan Memperkenalkan FastText - Membalas SMS Terus Melalui Desktop

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader