17Mar

Friendster Makin Menyerupai Facebook

Web 2.0

Di Malaysia, Friendster lebih popular sekiranya dibandingkan dengan Facebook. Tetapi mungkin suatu perkara yang tidak di perasan oleh para penggunanya, hari demi hari, Friendster makin menyerupai fungsi-fungsi pada Facebook. Adakah Friendster bakal menjadi Facebook nombor dua?

Friendster Baru
Aktiviti Rakan-Rakan Di Perlihatkan Dalam Masa Nyata

Sekiranya sebelum ini, Friendster ada memperkenalkan aplikasi berbentuk widget yang boleh disertakan pada profail pengguna, sama seperti Facebook, kini terbaru mereka sudah mengubah rekabentuk halaman hadapan Friendster yang mana memperlihatkan aktiviti rakan-rakan pengguna pada Friendster. Cara ianya diperlihatkan hampir sama seperti pada Facebook, yang mana memperlihatkan shoutout rakan yang baru, termasuk komen mereka pada profail pengguna lain, gambar-gambar baru yang dimuat-naik, serta rakan baru yang ditambah pada senarai rakan mereka di Friendster.

Mungkin Facebook agak popular di Amerika dan negara-negara barat yang lain, tetapi ianya berbeza di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain, dimana Friendster mendapat lebih perhatian pada para penggunanya. Malah, dengan pengenalan fungsi mengikuti rakan melalui telefon bimbit, ianya lebih menarik minat para pengguna serata asia.

Mungkin dengan pengenalan fungsi-fungsi seperti ini, ianya akan memudahkan lagi para pengguna untuk mengintegrasikan diri kepada Facebook, malah memudahkan para pengguna Facebook berpindah kepada Friendster. Satu kekurangan yang masih terdapat pada Friendster adalah kekurangan penggunaan fungsi AJAX seperti pada Facebook. Mungkin tidak lama lagi, ianya bakal diaplikasikan sama.


20 Syarikat Memperlihatkan Idea Pada InnoTech 2009
Photoshop.com Diberi Nafas Baru
WikiPedia Kini Berumur 10 Tahun
Aplikasi TableFour.Us Untuk Pengguna iPhone Dilancarkan
Gowalla Bakal Ditamatkan Pada Penghujung Januari - Mengesahkan Menyertai Facebook

17 Komen

  1. Fahmishah pada 17 Mar 2009

    Aku masih belum jatuh cinta dengan Facebook. Kalau Facebook muncul dahulu dari Friendster, mungkin sekarang aku pecinta Facebook.

  2. CypherHackz pada 17 Mar 2009

    Aku dah tak menggunakan sangat Friendster. Sekarang ni lebih kepada Facebook pulak. Dem! Teracun!

  3. Junaidix pada 17 Mar 2009

    friendster? rasanya dah setahun lebih tak login kot.. hehe..

  4. adi pada 17 Mar 2009

    kalo da biase dgn friendster,mls plak rase nye nk blajar buat facebook ni..wlaupun friendster ni nmpk mcm agak childish..
    ahhh lyn jee!

  5. eyeman pada 17 Mar 2009

    biasalah. tak lama lagi, siap leh wat iklan cam kat facebook agaknya..

  6. Eins pada 17 Mar 2009

    Aku sudah bosan FS…pesbuk gak layan…haha

  7. Maya pada 17 Mar 2009

    Aku bukan pencinta kedua2nya.. tapi kenapa aku still layan gak.. aku hairan…

    Cuma aku rasa, FB makin meracun orang kita. Tapi awas, jangan terperangkap dengan kehebatan FS mahupun FB kerana sudah banyak yang sudah kena angkara web perkongsian ini.

    Sekian.

    • Khai pada 17 Mar 2009

      apa saja la maklumat yg facebook tu mintak.. rasanya, rumour tu tak lebih dari dengki nak nak menjatuhkan facebook yg popular dgn begitu cepat….

  8. dins pada 17 Mar 2009

    lama dah tak jenguk friendster…sebab asyik layan mukabuku jer.

  9. M&H pada 18 Mar 2009

    lama dah tak layan dua2 neh.. asek bz ngan blog… huhuhu

  10. xmindfreakx pada 18 Mar 2009

    aku layan jer dua-dua…bagus dude…leh cari potential costumer.

  11. Akmal pada 19 Mar 2009

    Frenster masih lg social network aku no 1…sbb aku dah biasa pakai dr zero dulu…lgpun ni 1st social network aku….facebook ade gak…tp kaddang2 bukak….x sempat…byk sgt social network..
    antara aku join ikut turutan:
    1.friendster
    2.asakelate
    3.tagged
    4. myspace
    5. facebook

  12. od3n pada 19 Mar 2009

    aq skg da men fb je.. byk game woo.. haha.. rock legend best.. fs nyer worm probs pn xsetel².. pastu die x web 2.0 ui.. x mnarik mint aq da.. hehe.. babai fs :P

  13. ako pada 01 Apr 2009

    FS atawpun FB smadjah.
    mungkin karna FS lbh familiar n lbh dulu ada ,,
    jadi w makin cinta sama FS..
    heeeee

  14. peaceONELove pada 06 Apr 2009

    Wey!! Dulu aq masuk Myspace.. Pastu, bapak aq tegur jgn bukak myspace lg sbb dr barat ke aper ke dier kata.. Ataupun Yahudi.. Kan sekarang kita ni tengah BOIKOT!! Pastu aq msklah friendster pulak.. Baru2 ni pulak mak aq pulak yg tegur.. Dia x suru aq bukak friendster la pulak.. Sbb ader virus ikut cerita kawannyer.. So, sekarang aq baru je bejinak-jinak dgn Facebook lak.. Hrp2 xder hlngn lg..

    • aMaNz pada 06 Apr 2009

      hmm…kalo nak ikutkan camtue, sumer menda kat internet nie pun orang barat nyer, malah yang wat internet nie pun barat gak. senang kata, komputer yang hang guna nie pun barat gak. microsoft pun barat gak. windows yang hang gune pun barat gak. tv yang hang tgk hari-hari pun barat gak. so, ape kata buang sumer menda tue yerk. hehe

      no offence. just nak tanya sikit, hang taw tak besday hang dalam kalender hijrah?

  15. carol pada 20 Apr 2009

    mmg sumer omputih sumer..
    aku dh join friendster,tagged,myspace,netlog,
    sumer mat salleh yg wt,,
    tp aku de join yg mesia punya gak..
    virtualfriends.net
    org melayu je lepak situ.hehe,
    beday sy 9 syaaban 1411 h la amanz
    sy masih simpan dairy abah sy pada tahun kelahiran sy..
    abah yg bg kt sy
    siap ada kelendar islam lgi..
    wlpun buruk..tp dairy 2 wt sy menangis…
    dh la semalam sy mimpi abah sy dh meninggal..
    uwaaaa


Tinggalkan Komen Anda