08Mar

Fungsi Halaman Tab Baru Pada Firefox Di Perkenalkan

Perisian

Setelah Chrome memperkenalkan halaman tab baru yang mana menarik minat ramai pengguna, kini Mozilla turut melakukan perkara sama. Walaupun ianya masih didalam pembangunan dan belum diimplementasi ke dalam Firefox, anda masih boleh merasainya dengan penggunaan add-on yang disediakan oleh Mozilla Labs.

Firefox - Fungsi Tab Baru
Firefox – Fungsi Tab Baru

Anda hanya perlukan Firefox versi terkini dan muat-turun plugin khas, dan anda sudah boleh menikmati fungsi tab baru yang bakal diperkenalkan kelak. Berbeza dengan fungsi pada Chrome, Firefox hanya menggunakan ruangan di sebelah kanan sahaja, dan membiarkan ruangan tengah kosong. Selain itu, menariknya, ia juga memperlihatkan 8 laman yang sering dikunjungi, beserta dengan artikel terkini melalui penggunaan RSS.

Tab Baru
Artikel Terkini Di Perlihatkan Pada Fungsi Tab Baru

Sebelum ini, Google turut memperkenalkan Toolbar untuk Firefox dan IE yang mana turut menyertakan sekali halaman tab baru sama seperti Chrome.


Opera 10.50 : Pelayar Web Terpantas Di Dunia
Personas Kini Menyokong Firefox Mudah-Alih
Skype Mula Memperlihatkan Iklan
Aplikasi iOS Oh!MediaFM Dilancarkan
JoliCloud Bakal Menjadi Perantara Anda Dengan Dunia Perkomputeran Awan

6 Komen

  1. Khai pada 08 Mar 2009

    Wow! interesting.. aku dah donlod.. mau install kejap..

  2. Khai pada 08 Mar 2009

    aduyai.. dah install.. melambak gila plugin yang tak lepas.. sabar je la… lambat plak extension developer tu nak upgrade…. plsss lah….

    takpe lah.. demi firefox kekasih ku.. aku redha… hehe

  3. CypherHackz pada 08 Mar 2009

    Aku sebenarnya lebih prefer menggunakan Google Chrome. Tetapi disebabkan tabs Google Chrome tidak boleh scroll (bila ada banyak tabs), membuatkan aku terpaksa beralih pada Firefox. Walau apapun, Firefox best…

  4. Eriyza pada 08 Mar 2009

    Sy mmg suka Firefox, malangnya pc cabuk sy skrg x dapat nak guna Firefox, tepaksa laa guna Flock. Menci arhhh.

  5. hydir pada 08 Mar 2009

    haha..persaingan yg sihat..
    kita yg untung.. hehe :)

  6. muhdzahari pada 08 Mar 2009

    kool..tapi takde screenshot sebagaimana chrome.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader