18Mar

Google Chrome 2.0 Bakal Menyokong Extension

Google

Pada bulan Disember 2008 yang lepas, Google Chrome telah pun keluar daripada beta secara rasminya, dan memperkenalkan beberapa fungsi-fungsi baru sejak daripada itu. Selepas itu, Google telah memperkenalkan Chrome 2.0 kepada para pembangun pada bulan Januari, dan kini Chrome 2.0 yang lebih stabil dilepaskan kepada pengguna biasa untuk mencubanya terlebih dahulu.

Perkara utama yang diberi perhatian pada Chrome 2.0 adalah kelajuan dan prestasi. Ianya menggunakan enjin WebKit dan V8 yang terkini sekaligus memberikannya kelajuan lebih 25% pada ujian V8, manakala lebih 35% pada ujian Sunspider jikalau dibandingkan dengan versi stabil yang digunakan sekarang. Selain itu, ianya juga turut membawakan fungsi skrin penuh, dan kebolehan untuk zoom.

Menariknya, bersama-sama dengan ini, Google juga turut sama menyediakan sebuah dokumen khas untuk membantu para pembangun, membangunkan add-on khas untuk Chrome, yang mana dikenali sebagai Extension untuk Chrome. Mungkin tidak lama lagi, Chrome bakal mempunyai add-on sama seperti yang mana terdapat di Firefox.


Lebih 100,000 Pengguna iPhone Di Malaysia
Enjin Carian Google Kini Di Jana Google Instant
Offers Boleh Di Akses Melalui Google Places Oleh Peniaga
Google Memperkemaskini Fungsi Carian Imej Mereka
Najib Bakal Memperkenalkan Dua Aplikasi Baru Bulan Ini

3 Komen

  1. Khai pada 18 Mar 2009

    Yes!! extension!! sememangnya dinanti2kan.. tanpa add-ons, kim salam je la aku nak guna chrome.. hohoho!!

  2. hydir pada 18 Mar 2009

    sbg pengguna tegar Chrome,,, berita ini amat dinantikan
    walaupon Firefox ada byk plugin/add-ons ..tp jrg digunakan

    kalo dulu ada twitterfox … kini dah ada destroy twitter/tweetdeck .. masalah tu dh settle..

    mari2 extension Chrome … sapa yg lebih pantas dia kan menang…

  3. kaizer pada 19 Mar 2009

    Barula seronok nak guna crome.tambah lagi saingan.


Tinggalkan Komen Anda