Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Beberapa laporan hari ini mendedahkan IBM (International Business Machines Corp) dalam perancangan untuk membeli Sun Microsystems Inc pada harga lebih kurang $6.5 billion. Paling cepat, pembelian ini mungkin akan berlaku dalamm minggu ini juga, ataupun mengambil sedikit masa untuk kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Saham Sun hari ini mencapai $4.95 sesaham.
Pemilkan Sun Microsystem bakal membawa keuntungan kepada IBM daripada pelbagai bidang, termasuk simpanan data dan telekomunikasi, selain memiliki teknologi cloud-computing yang sedang dibangunkan oleh Sun Microsystem. Secara kasarnya, IBM merupakan syarikat yang menjual perisian dan juga perkhidmatan, sebaliknya Sun lebih kepada bahagian hardware, yang mana pemilikannya bakal membawa keuntungan kepada IBM dari pelbagai segi.
Sun Microsystem sendiri memliki beberapa teknologi, seperti Java, mySQL, Solaris dan banyak lagi. Dengan pemilikan Sun Microsystem, IBM bakal mempunyai kuasa pasaran server sebanyak 42%, menjadikan kedudukannya di tempat pertama lebih kukuh.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Dalam keadaan sekarang ni, macam-macam boleh jadi.
1998 pernah memiliki computer Sun
dasat IBM.. tak terkesan ke dgn ekonomi merudum?
mesti dia ambik peluang saham sun microsystem jatuh kot.Kalau dia mbik alih jgn stop pembagunan open office sudah la.Kalau boleh tingkatkan lagi penbangunan open office ni.