23Mar

IE 8 Menyokong Penuh Implementasi CSS 2.1

Microsoft

Jikalau sebelum ini, Internet Explorer sering menjadi bahan kutukan orang ramai kerana tidak mematuhi standard dan piawaian pelayar web, kini Microsoft berbangga dengan pencapaian pelayar web Internet Explorer 8-nya ini. IE8 menjadi pelayar web pertama yang mematuhi implementasi CSS 2.1, jauh meninggalkan para pesaingnya yang lain.

Melalui 196 ujian yang dilakukan untuk menguji tahap implementasi CSS 2.1, Internet Explorer lulus kesemua ujian dengan mudah. Implementasi CSS 2.1 mula dibangunkan sejak IE8 RC lagi, dan versi penuhnya, menyokong penuh penggunaan CSS 2.1. Mungkin dengan adanya Internet Explorer 8, Microsoft bakal mendapatkan kembali kuasa pasaran pelayar web yang makin kehilangan dari masa ke semasa.


Paparan Antaramuka Kumo.com Mula Kelihatan
Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Januari 2013
Microsft Melancarkan IE6Countdown.com
Chrome Menjadi Pilihan Utama Pengguna Malaysia
Aplikasi Hotmail Untuk Android Diperkenalkan

14 Komen

  1. sankai pada 24 Mar 2009

    IE tidak la seburuk yang kita sangkakan…
    sepatutnya kita kena berterima kasih kepada IE kerana memperkenalkan internet kepada kita ketika kita mula2 belajar dulu…

    anyway, aku still guna jugak IE ngan FF sampai sekarang…dan IE8 memang lebih baik daripada versi sebelumnya…

    • azraai pada 24 Mar 2009

      wrong.

      Internet for the masses is introduced by Mosaic, the original Netscape build in UIUC.

      • Khai pada 25 Mar 2009

        itu fakta yg tertulis dalam buku.. tapi mmg ramai yg kenal internet melalui Internet Explorer.. betul la tu..

  2. adib. pada 24 Mar 2009

    aku guna jugak IE..tp yang terbaru la..kalau versi terdahulu mmg sgt teruk..aku tak suka..yg terbaru nih still guna…tp aku guna pon untuk access web microsoft ja…macam hotmail..tu ja…

  3. Junaidix pada 24 Mar 2009

    erm.. bunyi macam ok dah, tapi sejauh mana tahap implementasi dia compatible dengan orang lain tu yg jadi masalah.. dah elok kod css sama, tapi bila bukak kat browser, FF buat lain, IE wat lain. tak ke haru-biru dan merah! hehe

  4. Lampard pada 24 Mar 2009

    hai,erm saya peminat chelsea,jadi jom ler join kelab chelsea saye ni di http://kampungchelsea.blogspot.com ,huhu babai.!…

  5. hydir pada 24 Mar 2009

    IE8 mmg jauh lebih maju
    mesti beri peluang dan gunakannya

    amat setanding dgn FF …
    FF mng cuma sbb add-ons aja :P

  6. alone pada 24 Mar 2009

    hm.. mungkin ada peluang untuk IE :D

    tapi kebanyakan webmaster/blogger sekarang test blog/laman web menggunakan FF, jadi blog/laman web mungkin mengalami masalah di IE.

    btw, syabas untuk Microsoft yang berusaha improve IE dari masa ke semasa :)

  7. haritz pada 24 Mar 2009

    Aku baru download, cuma satu Mozilla aku teruk dikerjakannya. Asyik creck jer

  8. EiNS pada 25 Mar 2009

    Ah, xde makna guna IE8, aku akan tetap setia dengan firefox…xkan install dah pas ni…

    Dulu aku try ie 8 beta…crash
    Smalam baru je install balik ie 8 yang full…crash la jgak…
    Laptop aku plak jd lembab n kena BSOD…

    WTF?

    So aku uninstall IE8 smua terus jadi ok…
    Produk microsoft benci laptop aku kot…sbb aku modified gila2 dah os, dari appearance, registry dll….

    • hydir pada 25 Mar 2009

      ko dah melampau advance sgt
      sampai abis registry jadi rojak ko usik
      mana nak fungsi betul IE8 tu

      hehe

      aku juga guna FF kadang2 sbb aku pengguna chrome 2.0 yg tegar… hahahaha

  9. zelo55 pada 25 Mar 2009

    tggu mase saje…
    mst FF akn berada jauh lebih baik drpd IE…

    like always~

  10. zariel pada 26 Mar 2009

    IE memang teruk! tp yg versi lama la. IE8 masih belum aku cuba. mungkin lebih baik. apa2 hal FF jugak yg best. Chrome pilihan kedua aku ;)

  11. zool pada 29 Mar 2009

    Baru je download IE 8.. Tgh guna.. nak tengok ke’power’annya..


Tinggalkan Komen Anda