19Mar

Internet Explorer 8 Di Lepaskan Secara Rasmi

Microsoft

Setelah mengumumkan Internet Explorer 8 Beta 1 pada MIX08, hari ini, di MIX 09, Microsoft mempersembahkan Internet Explorer 8, pelayar web berasaskan enjin IE yang dinanti-nantikan oleh para pengguna. Melalui IE8, Microsoft membolehkan para pengguna melayari laman web dengan lebih pantas dan selamat berbanding sebelumnya.

Beberapa fungsi baru dalam Internet Explorer 8 adalah:

  • Accelerators. Melalui fungsi Accelerators, para pengguna boleh mengakses beberapa servis internet dengan lebih pantas, seperti peta, emel dan fungsi berkongsi artikel pada laman sosial. Untuk menggunakannya, hanya klik kanan pada sesuatu perkataan, dan anda boleh memilih samaada ingin membuat carian pada peta, web dan sebagainya.
  • Web Slices. Fungsi Web Slices di Internet Explorer 8 membolehkan informasi kegemaran para pengguna daripada laman-laman terkemuka seperti Digg, Yahoo! Mail, dan eBay dipaparpkan dimana-mana sahaja ketika anda sedang melayari laman web, sekaligus membolehkan anda mengikuti sesuatu perkara dalam masa nyata.
  • Cadangan Carian. Kotak carian pada Internet Explorer 8 membolehkan anda membuat carian pada masa nyata daripada laman-laman seperti Amazon dan WikiPedia, dan carian akan dipaparkan dalam bentuk visual dan lebih menjimatkan masa berbanding sebelumnya.

Pelayar web daripada Microsoft ini disediakan dalam lebih 25 bahasa asing termasuk Arab dan Cina. Menariknya, ianya akan dilepaskan sehari lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini. Internet Explorer 8 dijangka mengembalikan semula kuasa pasaran pelayar web Microsoft yang mengalami penurunan akhir-akhir ini. Muat-turunnya sekarang!


Windows 7 - Evolusi Dari Beta Ke RC
Tiada Lagi Kumo. Microsoft Bakal Gunakan Bing.com
Microsoft Menlo Sebagai Ganti Windows Pada Tablet?
Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Seawal Minggu Ini?
Microsoft Menjana Sehingga $444 Juta Setahun Melalui Jualan Peranti Android

13 Komen

  1. xflixz pada 19 Mar 2009

    Nice IE8 ni..laju gak..ari tu aku install windows 7 build 7075 die mmg dah pre-install IE8 yang stable.bukan beta lagi.any way..aku paling tak suka IE8 bila bukak tab baru melalui link,sbb nnt kat tab tu ade kaler hijau…

  2. Khai pada 19 Mar 2009

    Booooooo… boikot IE sampai mati.. lalalaa..

  3. azwan pada 19 Mar 2009

    kalau ak disebabkan oleh windows update, memang aku tak sentuk IE ni. tapi tak tahulah kan IE8 ni macam mana, tak cuba tak tahu.

  4. anarm pada 19 Mar 2009

    huhu.. aku malas nk try..
    mula2 nk try dh nk kene update windows dulu..
    terus x jadi try.. huhu

  5. alone pada 20 Mar 2009

    boleh dipertimbangkan untuk mencubanya.

    tapi still stick to firefox la. haha.

  6. Eriyza pada 20 Mar 2009

    Mekaseh ye.

  7. Junaidix pada 20 Mar 2009

    ooh.. nak kena download eh? :P kalo tak nak bley tak? hehe

  8. hydir pada 21 Mar 2009

    aku akan donlod dan beri rating dia nanti..
    cuba jgn tak cuba :)

  9. Kill-Vearn pada 21 Mar 2009

    Firefox tetap di hati dan tetap no 1

  10. budeen pada 22 Mar 2009

    aku harap mozilla & google pun akan cepat2 keluarkan fungsi accelerators tuu..

  11. hydir pada 23 Mar 2009

    aku dah cuba IE8 dan speednya boleh dikatakan setanding dgn FF 3.1 beta 2 .. that’s good …

    IE8 dah boleh auto detect favicon tanpa perlu bookmarknya terlebih dahulu

    ada browser InPrivate [sama seperti InCognito pada Chrome] utk website yg kita taknak simpan rekodnya dalam cache dan history browser kita

    paparannya lebih mudah dan cepat … setanding dgn paparan FF

    so..aku bagi ratingnya 3.5/5 .. hoho.. baiknya aku…
    mesti try sbb berbaloi terutama kalo download yg optimize utk Yahoo!

  12. sas pada 26 Mar 2009

    aku dh try IE8 u vista SP1. laju. lebih laju dr Firefox 3. lagipun loading masa mula2 nak bukak pun laju.. kalau nk cuba bleh. cma download kat website microsoft. yg paling best dia bleh reopen apa2 yang kita dah ttutup scr tak sengaja atau sengaja. x perlu taip URL. InPrivate pn COOL gak, sbb apa yg kita layari tak ada trace. good for your privacy..

  13. cello pada 07 Apr 2009

    mula2 gune windows 7 n IE8 ok gle..
    pasttu tibe satu hari, sesuatu yg babi hanjing blaku..
    IE8 aku xleh gune sampai ari nih..
    x taw nape n ape yg sebenarnya blaku..
    so aku twist to firefox n google chrome..
    google chrome best gle..laju n cantik n simple..
    firefox pun best gak..ade add ons…
    bullshit to INTERNET EXPLORER 8..


Tinggalkan Komen Anda