16Mar

Live Hotmail Kini Menyokong POP3 Secara Rasmi

Microsoft

Microsoft secara rasminya telah pun membuat pengumuman bahawa kini para pengguna seluruh dunia sudah pun boleh menggunakan sokongan POP3 pada Windows Live Hotmail. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna mendapatkan kandungan emel mereka terus kepada aplikasi emel desktop seperti Outlook, Thunderbird, Postbox serta terus ke telefon bimbit yang menyokong POP3, seperti iPhone.

Berikut merupakan konfigurasi untuk membolehkan anda menggunakan sokongan POP3 pada akaun Windows Live Hotmail:

POP Server : pop3.live.com (Port 995)
POP SSL Required? : Yes
User Name : Akaun Windows Live ID anda. (nama@hotmail.com)
Password : Kata Laluan anda
SMTP Server : smtp.live.com (Port 25 atau 587)

Microsoft sudah lama memperkenalkan sokongan POP3, iaitu sejak bulan Februari 2008 yang lepas, namun begitu, bukan kesemua pengguna mendapat akses kepadanya. Sejak 12 Mac yang lepas, para pengguna seluruh dunia sudah pun boleh menggunakan sokongan POP3 sekaligus memudahkan mereka menerima dan menghantar emel.


Pra-Lihat Internet Explorer 9 Minggu Hadapan
Live Wave 4 Beta Mula Tersebar Di Internet
Office 15 Turut Sama Akan Membawakan Antaramuka Metro
Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini
Pelancaran Skype Untuk Windows Phone Semakin Hampir?

2 Komen

  1. od3n pada 16 Mar 2009

    hehe.. best nie ntok aq yg sdg gunekn windows live mail.. xyh nak bukak emel kt web da.. leh combine beberape emel lak lg.. tu trus ke inbox ;)

  2. haritz pada 16 Mar 2009

    good info


Tinggalkan Komen Anda