Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Melalui minit mesyuarat terkini, Mozilla bercadang untuk terus memperkenalkan Firefox 3.5 sebagai ganti kepada Firefox 3.1 yang sedang dalam pembangunan sekarang ini. Beta ke-3 yang bakal diperkenalkan pada Mac 12 ini masih akan menggunakan versi 3.1, tetapi keluaran akhir kelak akan menjadi Firefox 3.5.
Peningkatan nombor versi ini juga memperlihatkan bahawa Mozilla sedang mengintegrasikan beberapa fungsi menarik yang mana akan diperkenalkan bersama-sama pada versi akhir nanti. Antara fungsi yang bakal diperkenalkan kelak adalah seperti penambah-baikkan pelayaran web menggunakan tab, sokongan web standard terkini termasuk tag video, enjin membaca Javascript yang lebih pantas, sokongan pelayaran peribadi, dan sebagainya. Mungkin beberapa fungsi baru turut sama akan diperkenalkan bersama-sama versi 3.5 ini kelak.
Selain daripada itu, Mozilla juga bakal menambah satu lagi versi percubaan, iaitu Beta 4, sekaligus menjadikan tarikh keluaran versi akhir lebih lambat daripada dirancang. Mungkin Firefox 3.5 akan menemui para pengguna pada suku tahun kedua 2009. Sebelum ini, terdapat beberapa jangkaan yang Firefox 3.2 bakal menemui pengguna tidak lama lagi, tetapi tidak dijangka Mozilla terus melompat kepada versi 3.5.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bagusla tu…
firefox aku sekarang nie macam dah bengong jer…
hm.. melompat la pulak.. hehe
salam..
baru je lepas donlod firefox v3.1 beta 2 .. ni nak kluar lak 3.5
hampeh
tp dlm version 3.1 beta 2 tu..dia buat satu tab window personal..sama cam incognito tab pd Chrome .. adakah ini menunjukkan software developer di chrome lbih laju otak mereka…hahaha
sama cam wordpres dulu.. diorang pun langkah gak..hehe
ni mesti sebab dlm planning dia nk cmpr semua yg 3.2-3.4 dlm satu je.. trus jd 3.5.. hehe firefox dah ok.. so dah kluar 3.5 maknya bertambah x 5 ok ah..
uii..laju giler…tapi firefox ni stat dah problem dier….aku nyer selalu hang….
leh plak lompat2.. ada la something yg dia nak buat tu.. mesti ada ehem2 yg tengah kejar… cuak nye pasal…
ni dah kes main tipu ni.. kalau mengaji Quran, haram main langkau2.. hehe
jalan pintas untuk firefox 4.0, hehe
Firefox update..
Otakku pun kena update tapi komputer tak ber’upgrade’ ..
camne ek>
alamak.. kena update ni.. thanks for the info