26Mar

Microsoft Mula Memburu Pengguna XP Cetak Rompak

Microsoft

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh Microsoft adalah pengedaran versi cetak rompak sistem operasinya, yang mana menjadi antara pesaing utamanya sendiri. Untuk mengatasinya, kini Microsoft mula memburu para pengguna Windows XP versi cetak rompak. Melalui kemaskini terkini untuk WGA, ianya bakal melabelkan XP cetak tompak ataupun yang dicrack, sekali gus mengurangkan penggunaan sistem operasi XP versi cetak rompak.

WGA
Proses Pemasangan WGA [via]

Melalui kemaskini Windows Genuine Advantage (WGA) yang baru, ianya bakal membolehkan Microsoft mengenal pasti kesemua sistem operasi versi cetak rompak, samaada menggunakan kekunci yang tipu, crack atau sebarang cara lain untuk mengatasi proses aktifkan Windows XP. Kemaskini ini bakal diedarkan sekali dengan kemaskini Windows XP secara automatik. Walaubagaimanapun, ianya hanya akan berkesan sekiranya proses kemaskini automatik diaktifkan pada komputer yang menggunakan Windows XP versi cetak rompak.

Bagi para pengguna yang disenarai hitamkan melalui proses ini, bakal melihat sebuah mesej pada skrin log masuk mengatakan mereka telah menjadi mangsa cetak rompak, selain mengubah desktop mereka kepada warna latar berwarna hitam, dan memaparkan mesej di atas system tray, dengan maklumat lanjut yang membolehkan pengguna yang tertipu untuk membuat laporan.


Office 2010 Percuma Dari Microsoft - Office 2010 Starter
Microsoft Perkenal Wajah Baru Windows Live Mail
IE10 Platform Preview 2 Dilancarkan Untuk Pembangun
Microsoft Memperlihatkan Fungsi Boot Pantas Pada Windows 8
Pemain Media Baru Pada Windows 8 Dengan Antaramuka Metro Diperlihatkan

30 Komen

  1. beliamuda pada 26 Mar 2009

    ramai juga geng aku yang terupdate secara tidak sengaja.. tahu2 wallpaper jadi hitam dan keluar amaran tu…

  2. AmirMohamad pada 26 Mar 2009

    errrr…aku salah satu mangsanya…

  3. adi pada 26 Mar 2009

    hheeheh… bagi mereka yang pakai versi tak ori. sila matikan autoupdate.

    • aMaNz pada 26 Mar 2009

      wakaka…
      aku takleh nak tulis menda nie kat artikel..
      hehe..
      BTW, maybe bleh cuba gune alternatif seperti ubuntu, fedora dan lain-lain..
      hehe…

  4. zik pada 26 Mar 2009

    off auto update, atau tick notify update sahaja supaya kita boleh custom update. aku ada nampak juga wga update apa jadah aku tak ambil supaya windows aku sentiasa ori hehe.

  5. Junaidix pada 26 Mar 2009

    laptop aku pre-install vista

  6. amin pada 26 Mar 2009

    aku bl kne,akn gne system restore jer…xlah tkt..ms xtau komp dlu,blh la terkene..

  7. DenGAKI pada 26 Mar 2009

    Erk………
    Masalah tu..patut pn baru2 ni ttibe je ade masalh je….
    nasib baik lah x truk sgat……
    Btol2 ori lgi bgus……

  8. Khai pada 26 Mar 2009

    XP je… aku vista.. fuh selamat… kahkahkah!!

    • Kill-Vearn pada 28 Mar 2009

      ala tunggu aje.. tak selamat la vista ko nanti..hahaha

  9. Azman Ishak pada 26 Mar 2009

    ye betoi… semalam aku baru je repair laptop
    deennasour.terbaek.com. hahaha… masalah ni
    lah.. just format jer. memang screen die blank
    dengan logo genuine terpampang…

    keh keh keh… cangih macam mane microsoft buat,
    lagi canggey pakar crack akan mengatasi masalah ni.

    juzz follow the lattest buzz brom torrent site.. hehehe~

  10. menteil pada 26 Mar 2009

    alamak! aku terkena beb!
    aduh….

  11. Chempaka pada 27 Mar 2009

    Member2 byk kena sbb pki cetak rompak punya… Derang x tau n x off auto update tu… Dulu masa ada lappie dulu pki ori punya sbb ada penyakit suka update… Hahaha… Susah nk update klu pki pirate. Huhuhu…

  12. DenGAKI pada 27 Mar 2009

    Huhuhhuhu…

    Ape lah dh tentu org2 yg krje kat MICROSOFT terror …
    kalu pakar crack tu hebat sgat MICROSOFT dh gulung tikar dh…

    Em….Jom lh kte temuduga cos Microsoft nk ambik Pekrje…
    so wat do u ting…. ? dont ting tong lk….

    All the bezzzzz……………..

  13. arefiz pada 27 Mar 2009

    aku pakai software apetah lupa plak. trus ilang WGA.. hehehehe
    pastuh aku sendirik update SP3 pakai cd.. pastuh off hapdet ngan system tray sekali aku hidden kan.. hahaha ya itulah serba sedikit skill yg dapat di kongsi bersama.. sekian..

    *aku pakai ori, berlambak cd key kat ofis aku. pc pc yang nak lupus semua aku sebat cd-key.

  14. eddy pada 28 Mar 2009

    aku pon kena gak..
    tp berjaya menyahkan dr pc aku guna .skang aku da off kan auto update..

  15. Kill-Vearn pada 28 Mar 2009

    semalam rasanya time aku on PC ada kua windows validation utk cek genuine ke tak.. aneh gak aku… sebab sebelum ni aku dah crack windows aku bg genuine… pastu selambe la aje tekan next2 yang dia suruh tuh… then sampai sekarang still takde efek pon… kiranya microsoft tak dpt bukak crack kat PC aku la ni.. hahahaha.. sian dia…

    psstt: aku sentiasa mengamalkan auto-updates.. baru syok…

  16. Lanun pada 29 Mar 2009

    nak ke dorang cr kite…huhuhu…stakat genuine tu rilek la
    crack kang bnyak gne je la..xpun romove je genuine tu..klo ssh sgt la..format je balik..xd mslh bg aku…kita yg buat dia,bkn dia yg buat kita…

  17. Dota pada 29 Mar 2009

    Walaupun pakai windows cetak rompak ianya masih tetap non-genuine walaupun dah crack with hope to “act” like genuine. Windows pirate atau cetak rompak will never be genuine. So, harap dapat bezakan.

  18. lazaac pada 01 Apr 2009

    aku pun pakai cetak rompak nyer… best.. wahaha

  19. naza pada 01 Apr 2009

    cari wgalogon.dll renamekan dia.. selesai masalah

  20. KECIK pada 02 Apr 2009

    nsbek ak pkai ubuntu…

  21. Azah pada 05 Apr 2009

    Salam aman, tumpang tanya blh?
    nak tau, ape yg elok utk comp yg cpu nye 3.07GHz, 224 MB of RAM.
    comp ni dah tua, byk kali format da…tp tersangat slow..
    skang tgh guna windows xp pro sp2..
    kalo pkai windows xp home edition, ada beza x?
    or any other suggestion??
    (suggestion yg slain dr suruh beli pc baru or tmbah ram or anything yg my dad x kan kata…”lecehla…”)
    hehe…

    • Kill-Vearn pada 05 Apr 2009

      in my opinion just use xp pro sp2…
      then u go to system properties by right-click on the icon of my computer and choose properties…
      choose advaced tab, then you hit ‘setting button’ on the performance..
      then, on the visual effect tab, choose “adjust the best performance”… click apply…
      hope this will help you..
      your windows will be like a classic windows…

      • Azah pada 05 Apr 2009

        ok tq..akan dicuba..

    • aMaNz pada 05 Apr 2009

      Hmm..rasanya kena tambah RAM gak. Heh. Try jadikan 512mb atau, kalo ngam, jadikan jer 1gb ;)

  22. Eriyza pada 06 Apr 2009

    Hohoho!
    Camno nak matikan auto update tuh??

  23. Do-luck pada 31 Oct 2009

    salam pada semua…untuk sesiapa y xthu macamne nak matikan automatikupdate.
    1.buke control panel
    2.buke WINDOWS SECURITY CENTER
    3.Pastu tun OFF

    haha…tu pling basic la.de lg skill laen.
    WGA?blh buang punye…xde mslh.

  24. asyraf pada 02 Apr 2011

    aku dah kena…..pastu aku tulis kat google nak cari jalan penyelesaian….tiba keluar aku pun buat…alhamdulillah komputer dah tak kena…aku pun matikan automatic update


Tinggalkan Komen Anda