• Nantikan WordPress 2.8 Pada Bulan April Ini

    WordPress 2.8 yang dinanti-nanti bakal dilepaskan pada April 2009 kelak, membawa pelbagai perubahan dan penambahan fungsi-fungsi menarik, disamping menambah-baik pelbagai fungsi yang sedia ada. Mungkin sebelum ini, ramai yang naik menyampah dengan setiap keluaran versi terkini WordPress, namun dengan kebolehan untuk mengemas-kini secara automatik, ianya telah mengubah segalanya.

    WordPress 2.8 - Pasang Tema
    Fungsi Memasang Tema Melalui Panel Dashboard Pada WordPress 2.8 [via]

    Antara perkara baru yang bakal diperkenalkan di dalam WordPress 2.8 adalah:

    • Antaramuka penggunaan widget yang diperbaiki.
    • Pengenalan pemasangan tema melalui panel dashboard, sama seperti pemasangan plugin melalui dashboard.
    • Penggunaan SimplePie untuk pengurusan feed pada dashboard dan widget.
    • XMLRPC yang ditambah-baik.
    • …dan banyak lagi.

    WordPress 2.8 dijangka akan dilepaskan pada awal bulan April kelak, dan sama seperti versi sebelumnya, anda boleh menaik-taraf pemasangan WordPress anda dengan hanya satu klik, melalui dashboard, tanpa perlu melalui jalan mengemaskini yang sukar seperti dahulu lagi.

18 Komen

  1. od3n on 16 Mar 2009

    go wordpress go!! bile wordpress camp malaysia nk wat eh? :P

  2. awqi_zar on 16 Mar 2009

    OoH..hebat dan KooL..klik jek dh update dh WP nie..xpyah nak b’ssah-pyah dh nk upload2..mmm..nnti smp satu tahap..dah xtau nak tambah ape lg kat WP nie..huhu..

  3. saffa on 16 Mar 2009

    Best tu memang best.. nak mengupgrade tu.. aiya.. pakai plugin pun kadang2 tak jadi.. berkali2 baru dapar upgrade. takleh ker dia automatikkan upgrade ni.. hehe

    • aMaNz on 16 Mar 2009

      cik saffa, kan dia dah bleh auto upgrade sejak WordPress 2.7. Hoho.

    • MK on 17 Mar 2009

      Aku pun, sampai skarang auto-upgrade tu tak jadik. Haih.

  4. menteil on 16 Mar 2009

    la… bukan main payah aku mengupgrade hari tu, la nie dah kuar yang baru? huhu..

  5. Jaws on 16 Mar 2009

    aku baru jer pakai wp 2.7..
    dah kuar 2.8?
    ades..
    cepatnya dunia berkembang..

  6. M&H on 16 Mar 2009

    perghh.. dah nak keluar ke 2.8..
    bagus2.. upgrade la pasni…
    laju tol keluar…
    thanx amanz..

  7. haritz on 16 Mar 2009

    Aku dah updated WP 2.7.1 keluar lak 2.8b bagus tu. Kalau betul theme boleh upload pakai dashboard senang ler. Tak yang susah2 pakai FTP.

  8. CypherHackz on 16 Mar 2009

    Keluar lagi yang baru? Dang… Bila la nak habis mengupgrade kalau macam ni.

  9. topo on 16 Mar 2009

    hohoho seb baik la dah senang nak upgrade sekarang ni.. hohohoh

  10. Fahmishah on 16 Mar 2009

    Baru je upgrade hari tu.
    Dah nak keluar yang baru.

  11. Junaidix on 16 Mar 2009

    tak install-install lagik, dah keluar yang baru.. hehe

  12. Eins on 16 Mar 2009

    Kuar yg beta dlu ke atau trus 2.8 fina;?

  13. zaid on 16 Mar 2009

    waaa taksabar nak tunggu.. skrg aku pakai 2.7.1

  14. abdusfauzi on 16 Mar 2009

    sampai skrang, aku x leh auto upgrade / mahupun auto update. flash upload? kene buat hack plak kat .htaccess. geram nye!

    kenapa ek?
    dh byk kali buat fresh install. hmm. masalah server ke?

  15. Eriyza on 16 Mar 2009

    Cheq langsung xleh menggodek WordPress,
    tak reti lgsg. Laa ni nak kuar versi baru plak.
    Huhuhu!!!

  16. loque on 18 Mar 2009

    pergh
    ini memang cool~


Tinggalkan Komen Anda