03Mar

Paparan Antaramuka Kumo.com Mula Kelihatan

Microsoft

Selepas lama kedengaran berita mengenai penjenamaan semula Live Search kepada Kumo, hari ini paparan antaramuka pertama Kumo mula kelihatan. Selain daripada itu, Kumo juga bakal diuji oleh para pekerja Microsoft terlebih dahulu sebelum ianya mula diuji oleh para pengguna yang lain.

Kumo
Paparan Antaramuka Kumo.com [via]

Pengenalan Kumo merupakan salah satu rancangan Microsoft untuk memasuki semula arena enjin carian, yang mana pada masa kini meletakkan Live Search dibelakang Google dan Yahoo!. Sebelum ini, perancangan Microsoft untuk memiliki enjin carian Yahoo! gagal. Microsoft juga mula memberi perhatian dalam kajian dan pembangunan enjin carian, melalui Viveri. Kumo dan Viveri dikatakan dua perkara berbeza. Sebelum ini, Microsoft mengatakan bahawa teknologi Viveri mungkin akan diaplikasikan dalam enjin cariannya, sekiranya teknologi yang dibangunkan mendapat komen yang membina daripada para pengguna.


Jimat Lebih Ruang Melalui Windows 7
Microsoft Bakal Hentikan Sokongan Beberapa Versi Windows
Windows Phone Akan Menerima Kemaskini "NoDo" Seawal Februari
Fungsi Carian Pada Twitter Akan Diberikan Nafas Baru
#Tips : Muat-Turun Dan Gunakan Microsoft Office Secara Percuma

5 Komen

  1. zool pada 04 Mar 2009

    Kita tengok sejauh mana kehebatan algorithmnya..
    Harap2 blog ligakampung.com akan mendapat page2 pertama di sana..
    baru boleh gunakan kumo ni..

    p/s :- Kumo , cam nama Shinchibukai Onepiece je (Kuma)

  2. hydir pada 04 Mar 2009

    kumo..bhs korea
    hhehe :)

    tak test tak tahu…wait n watch :)

  3. zaki pada 04 Mar 2009

    AKu teringatkan KUMON – tmpat budak2 belajar :)

  4. kalerfool pada 04 Mar 2009

    oh..tambah lagi satu..haha..mane best ni..erm..

  5. awqi_zar pada 15 Mar 2009

    OoH..yg tue GUI yg nie homepage die aman.. http://tinyurl.com/cbo3jd


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader