28Mar

Pelayar Web – Chrome 2.0.171.0 Di Lepaskan

Google, Perisian

Selepas memperkenalkan Google Chrome 2.0 tidak lama dahulu, kini Google sekali lagi mengemaskini versi pembangunan pelayar web Chrome mereka kepada versi terkini, iaitu 2.0.171.0. Pelbagai perkara baru telah diperkenalkan, termasuk dari segi penggunaan dan kestabilan pelayar web Chrome.

Dalam versi terkini Google Chrome, ianya kini menggunakan WebKit versi 530.4 dan juga enjin JavaScript V8 versi 1.1.1.4. Selain daripada itu, Chrome 2.0.171.0 juga memperkenalkan fungsi FTP, penggunaan menu Bookmark, selain kebolehan untuk memadam data yang diisi pada borang (form) di web dengan hanya menekan kekunci Del.

Tahun ini memperlihatkan kesemua pembangun pelayar web, bertungkus-lumus membangunkan pelayar web yang terbaik bagi pengguna mereka. Microsoft baru sahaja melepaskan Internet Explorer 8, manakala Apple dan juga Mozilla masing-masing sedang membangunkan Safari 4 dan juga Firefox 3.5. Opera pula turut sama sedang membangunkan pelayar web terpantas, iaitu Opera 10, yang bakal sertakan sekali Opera Turbo.


Fungsi Undo GMail Kini Menyokong Sehingga 30 Saat
Aplikasi FlightLover Untuk Malaysia Dilancarkan
Firefox 5 Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Mozilla
Penggunaan Pelayar Web Opera Mini Oleh Pengguna Malaysia Memperlihatkan Peningkatan
Google Dan Samsung Menangguhkan Pelancaran Nexus Prime

7 Komen

  1. hydir pada 28 Mar 2009

    hoho … sbg pengguna tegar Chrome
    aku akan terus menggunakannya…

  2. Khai pada 28 Mar 2009

    selagi tak support add-on, tak kuasa nak melayan chrome ni..

  3. Kill-Vearn pada 29 Mar 2009

    firefox juga dilepaskan tadi v3.08..huhuhu

  4. haritz pada 29 Mar 2009

    bagus utk kita gak

  5. aisya pada 29 Mar 2009

    nama saya aisya atau nur farhanim syahirah…

  6. budeen pada 31 Mar 2009

    tahun ni tahun upgrade browser kut… masing2 tak ketinggalan

  7. tukunkayu pada 15 Apr 2009

    Chrome takde google toolbar ke? Camne nak check Pagerank melalui chrome….Sape2 tahu?


Tinggalkan Komen Anda