Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Melalui versi pembangunan terbaru, Windows 7 Build 7048, kini para pengguna mempunyai pilihan untuk nyah-pasang Internet Explorer daripada sistem mereka. Mungkin ini salah satu cara Microsoft untuk mengatasi masalah memonopoli pelayar web yang dikemukakan di EU baru-baru ini. Selain itu, ianya juga sekali gus memudahkan para pengguna mempunyai lebih kawalan pada sistem mereka.

Pilihan Untuk Membuang IE8 [via]
Walaubagaimanapaun, ianya hanya akan membuang fail explore.exe, kerana terdapat beberapa aplikasi lain yang mana kadang-kadang memerlukan fail-fail Internet Explorer untuk beroperasi dengan lancar. Tetapi, anda masih boleh membuang fail ini secara manual, sekiranya anda ingin membuangnya. Pilihan untuk nyah-pasang Internet Explorer 8 ini hanya mula diperkenalkan pada Build 7048 sahaja, dan mungkin akan diimplementasikan pada versi akhir kelak.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
erm.. tengok cara macam “turn-ON dan turn-OFF” jer tuh.. hehe
Apekah itu Nyah pasang?hahaha
klakar plak..
haha…uninstall dalam bahasa pasar…hehe
haha.. boleh uninstall IE yer
boleh ler terus install Chrome aja…
lagi bagus… err… Firefox pon ok gak