31Mar

Replies Di Twitter Kini Di Namakan Mentions

Web 2.0

Setelah 3 tahun beroperasi, hari ini Twitter menamakan fungsi yang dahulunya dikenali sebagai Replies dengan kata pengguna sendiri (@username). Fungsinya masih sama seperti dahulu, iaitu memperlihatkan segala tweet yang dibalas dan ditujukan kepada sesuatu pengguna itu.

Twitter Mention
Replies Dinamakan Semula Sebagai @amanfirdaus

Masih tiada sebarang berita mengenai sebab utama mengenai penamaan semula ini. Mungkin terdapat fungsi baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sejak permulaan lagi, para pengguna sering menggunakan @username untuk menujukan mesej kepada seseorang dengan nama pengguna tersebut. Namun begitu, pada fungsi Replies, ianya hanya memperlihatkan apabila @username digunakan pada permulaan tweet, dan sekiranya ia digunakan pada pertengahan sesuatu tweet, ia tidak memaparkan mesej tersebut di halaman Replies. Kini, melalui fungsi Mentions, kesemua mesej yang mempunyai penggunaan @username pada sebarang bahagian mesej akan memaparkannya di halaman @username. Suatu perkara yang amat dinanti-nanti oleh para pengguna, dan memudahkan para pengguna mengetahui sebarang mesej yang melibatkan mereka.


Khidmat Pendekkan URL - WP.ME Dari Automattic
DeviantArt Memperkenalkan Muro - Aplikasi Lukisan HTML5
Oh! Media FM Mulakan Ujian Beta
Twitter Mengambil-Alih Syarikat Carian Sosial - Julpan
Facebook Mempunyai 845 Juta Pengguna Aktif, Menjana $3.7 Billion Sepanjang 2011

9 Komen

  1. haritz pada 31 Mar 2009

    jolly good

  2. anarm pada 31 Mar 2009

    aman.. aku dah follow twitter kamu. hehee

  3. nikillas pada 31 Mar 2009

    saya sudah follow kamu.. heheh..

  4. Eriyza pada 31 Mar 2009

    Sy pun dah ikut kamu ke mana jua.
    Hehehe!!!

  5. zelo55 pada 31 Mar 2009

    bac update bru nih drpd twitter aman…
    sbb nape @name…n buknnye lagi replies…hahahahah

    http://blog.twitter.com/2009/03/replies-are-now-mentions.html

    • aMaNz pada 31 Mar 2009

      hoho…nanti aku update artikel aku nie..hehe..
      BTW, thanks..

  6. hydir pada 31 Mar 2009

    masih tak nampak kepentingannya
    tunggu je la :)

  7. Azman Ishak pada 31 Mar 2009

    fungsi memang aku tunggu…
    baru syok menyembang kalau cenggini.
    hahaha

    *salah gune twitter~

  8. MK pada 01 Apr 2009

    Akhirnya. Tak perlu la lagi aku search secara manual mana2 twit yang mention nama aku tapi tak masuk dalam @replies.


Tinggalkan Komen Anda