19Mar

Silverlight 3 Beta Di Lepaskan

Microsoft

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Microsoft telah pun memperkenalkan serta melancarkan secara rasminya Silverlight 3 dalam MIX 09. Silverlight 3 membawakan lebih 50 fungsi-fungsi baru beserta sokongan untuk menggunakan Silverlight di luar pelayar web, selain mempertingkatkan kualiti dan prestasi videonya.

Silverlight 3 membawakan sokongan video dan audio yang berkualiti tinggi. Ianya kini menyokong sepenuhnya H.264 serta AAC. Menariknya, Silverlight 3 kini membolehkan anda menonton dengan skrin penuh pada desktop anda dalam bentuk HD. Selain itu, kini ianya membolehkan anda membangunakn sesuatu aplikasi berasaskan Silverlight khas untuk internet dengan lebih kawalan lagi. Ianya kini membolehkan anda membuat deep linking, SEO, serta sokongan kepada Binary XML.

Menariknya pada Silverlight 3 adalah sokongan untuk menggunakan kandungan Silverlight di luar pelayar web. Kini anda boleh menyertakan aplikasi kegemaran anda di desktop, tanpa keperluan untuk anda memuat-turun plugin atau aplikasi tambahan. Selain itu, sokongan terbaru membolehkan para pengguna menikmati kandungan Silverlight tanpa keperluan untuk mempunyai sambungan internet.

Untuk lebih maklumat berkenaan dengan Silverlight, anda boleh memuat turun fail CHM khas Silverlight 3, ataupun membacanya secara dalam talian. Anda boleh memuat-turun Silverlight 3 secara percuma, dan mula mencuba pesaing terdekat Adobe Flash ini di komputer anda – RunTime | SDK.


Personalisasikan Windows 7 Anda Dengan Mudah
Windows 7 SP1 Pada Suku Tahun Ketiga
Tingkatkan Produktiviti Perniagaan Anda Dengan BPOS
Windows 8 Boot Lebih Pantas Dengan Fungsi Hybrid Boot
Tiada Lagi Kemaskini Aplikasi Windows Mobile 6.x Selepas 15 Julai

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader