Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jack Dorset, salah seorang pembangun Twitter, hari ini telah tweet berkenaan dengan ulang tahun Twitter yang ke-tiga. Ianya sudah tiga tahun Twitter berada dalam alam maya, sehingga kini yang menjadikannya sebagai antara laman sosial yang digunakan ramai pengguna untuk mengemaskini status mereka dari masa ke semasa daripada pelbagai aplikasi.
Tiga tahun sebelum ini, Twitter dimulakan dengan nama Twttr oleh Jack Dorsey, Noah Glass, Biz Stone dan Evan Williams, di dalam syarikat Odeo. Walaubagaimanapun, pada tahun Oktober 2006, pengurusan syarikat tersebut dibeli oleh pihak lain, dan membuatkan pekerja-pekerja Odeo memulakan syarikat baru dan membangunkan Twitter. Pada mulanya, ianya hanya digunakan oleh para pekerja dalaman Odeo sahaja, sebelum ianya dibuka kepada orang ramai. Selain daripada versi berbahasa Inggeris, Twitter juga mempunyai versi berbahasa Jepun, yang mula dibina pada 22 April 2008. Pelbagai aplikasi juga dibangunkan menggunakan API Twitter, selain pelbagai medium diperkenalkan untuk menulis pada Twitter.
Kini, ianya sudah menjadi antara medium komunikasi utama, selain mencabar Facebook sendiri. Ia juga kini sedang bereksprementasi dengan iklan dan sebagainya, selain beberapa aplikasi dibangunkan untuk membolehkan pengguna untuk membuat carian masa nyata padanya.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
woah.. kira setahun lambat dari msjbox tapi jauh lebih fofular.. kalau la aku dpt kasi free mcm tu kan syok.. tapi sapa nak byr bil hosting eh? adeih..
Memang mantop sekali twitter..
Dan mudah sekali.. tak perlu nak buat macam2 theme.. cukup ngan kata2..
Dan masih belum setahun aku guna Twitter
register dah dekat setahun..tp aktif..baru2 nih jaa….hehehe
Kekadang tatau nak update
apa kat Twitter. Hehehe!!!
dah tiga tahun,
aku tak sampai lagi 3 minggu reg. ces.
er.. aku plak lupe bila register.. yg pasti bkn 3 tahun..
tapi dah dekat 1000 update aku kat twitter.. hehe
setakat ni, twitter memang banyak mendapatkan info2 terbaru terutama dari blog2 tertentu dan news2 terkini.
aku guna twitterfox.
long live twitter! haha.
twitter mmg penyalur maklumat yg bagus
tp skrg dh jd cam YM lak.. main2 chatting kat situ..
hehe ..
dah 3 tahun rupanya.. hehe
3 tahun… huhu.. dan baru 2 bulan aku menggunakan twitter… kawan2 ku sayang, add la twitter saye ye..
- twitter.com/ohtweet