07Mar

Twitter Mula Mengintegrasikan Carian Dan Trend

Web 2.0

Twitter nampaknya kini dalam proses untuk memperkenalkan fungsi carian pada laman mereka, termasuk bersama dengan pautan Trends untuk melihat trend popular pada sesuatu hari itu. Walaubagaimanapun, ianya masih boleh dilihat oleh kesemua pengguna lagi, dan mungkin ambil sedikit masa sebelum diimplimentasi sepenuhnya.

Twitter Search
Paparan Bahagian Pautan Yang Baru di Twitter [via]

Tab trend memaparkan lebih kurang 10 topik yang popular pada sesuatu hari itu, disamping sebuah kotak carian yang membolehkan anda melakukan carian pada masa nyata. Sekiranya, terdapat tweet terbaru selepas hasil carian dipaparkan, sebuah mesej akan dipaparkan pada bahagian atas carian, mengatakan terdapat tweet terbaru. Anda juga boleh mengintegrasi hasil carian Twitter dalam Google dengan mudah sekali.


Pandang Pertama Laman Faces.my Dari Mentari Works
1tube Memperkenalkan Pengiklanan Pada Video
Friendster Baru Dilancarkan Untuk Semua Pengguna
Enjin Carian Terbesar Di China - Baidu Mengumumkan Kerjasama Bersama Dell
Facebook Memperkenalkan Fungsi Lists Yang Ditambah-Baik

4 Komen

  1. Eriyza pada 07 Mar 2009

    Wah, ini sudah bagus. Nampaknya Twitter mula mengorak
    langkah tuk memastikan ia tetap relevan buat seme bloggers.

  2. Khai pada 07 Mar 2009

    Twitter ni pada aku.. hurmm.. susah la nak cakap.. sometime rasa cam ntah ape ape je plak.. sometime rasa bagus gak leh update ngan member2.. tapi fungsi tak ubah macam chat je pon.. cuma ramai yg nampak dan lembap untuk balas membalas.. uhuhu

  3. Junaidix pada 07 Mar 2009

    apsal aku bukak tak ader pun.. huhu

  4. Syam pada 08 Mar 2009

    kebarangkalian untuk aku gunakan fungsi carian twitter sangat rendah. belum nampak relevan pada polar penggunaan internet aku. lebih selesa untuk gunakan google saja.

    ps: aku gunakan twitter sekadar untuk hiburan saja… dan bertwitt guna twitterfox saja


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader