02Apr

$100 Juta Untuk Pemasaran Enjin Carian Microsoft

Microsoft

Mungkin buat masa ini, ramai sudah mengetahui akan perancangan Microsoft untuk memperkenalkan enjin carian baru, dengan hasrat untuk memperbaiki kedudukannya didalam arena enjin carian. Nama kod yang digunakan buat masa ini adalah Kumo, dan mungkin ianya akan digunakan sebagai nama akhir kelak. Beberapa sumber mengatakan, Microsoft bakal membelanjakan antara $80 hingga $100 juta untuk memasarkan enjin carian barunya itu kelak.

Kumo.com
Halaman Utama Kumo.com [via]

Buat masa ini, Microsoft sudah pun memulakan percubaan enjin carian barunya itu di peringkat dalaman, dan dijangka akan memperkenalkan enjin cariannya kepada orang ramai pada bulan Jun 2009 kelak. Ianya dijangka, Microsoft bakal memasarkan dalam pelbagai medium, termasuk melalui iklan TV, iklan dalam talian, radio, dan juga didalam media cetak.


Live.com Kini Merupakan Laman Sosial
10 Video Menarik Berkaitan Microsoft Sepanjang 2008
Microsoft Masih Berminat Pada Yahoo!
Nokia Mungkin Umumkan Sokongan Windows Phone?
Windows Phone 8 Bakal Diperlihatkan Pada MWC 2012 Kelak?

1 Komen

  1. j_hafiz pada 02 Apr 2009

    ha3.microsoft pon da join utk berebut tempat. kumo? mcm xbes je nmenya…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader